Thursday, April 30, 2009

Pihak Berkuasa Mesti Tegas-Jangan Jadikan Malaysia Pusat Seludup Manusia


BOT membawa 37 rakyat asing ditahan di perairan Kuala Langat, Selangor, Sabtu lalu.

Bot bawa 37 rakyat asing ke Australia ditahan polis Afghan, Pakistan dan Iraq ditahan asing ditahan

KUALA LUMPUR: Kegiatan sindiket penyeludupan manusia yang menjadikan Malaysia sebagai transit ke Australia melalui jalan laut, terbongkar berikutan penahanan 37 rakyat asing termasuk 16 warga Afghanistan, 14 Pakistan dan tiga Iraq di perairan Kuala Langat, Selangor, Sabtu lalu.

Malah, pihak berkuasa kini turut menyiasat kemungkinan tragedi bot karam yang mengorbankan sembilan orang, termasuk enam sekeluarga dari Pakistan di perairan Teluk Ramunia, Johor, kelmarin, mempunyai kaitan dengan sindiket itu.

Dalam kes penahanan 37 rakyat asing itu, pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan mereka mahu menuju ke Indonesia sebelum meneruskan perjalanan ke Australia, dengan bantuan sindiket didalangi rakyat tempatan dan asing, untuk bekerja atau mendapatkan suaka politik di sana.
Petua-petua UMNO NAK MENANG Pilihanraya Kecil

1. Jangan menidakkan kebolehan calon yang telah dipilih
2. Jangan duk perkekeh kelemahan calon sendiri
3. Jangan percaya kepada para pengundi luar (sebahagian mereka hanya nak duit tambang sahaja tapi pangkah pembangkang)
4. Semua jentera mesti ikhlas berkerja tanpa mengharapkan upah,
5. Semua masalah rakyat catat dahulu, bukannya hantar jentera berat terus bina jalan berjuta-juta tetapi kalah dalam pilihanraya
6.Semua masalah pembangunan ,diselesaikan selepas Pilihanraya - itupun jika menang
7. Jangan bergaduh sesama pemimpin Bahagian sehingga orang kampung pun tahu.

Keluhan rakyat: TPM jalan kaki 3kmpemimpin berjiwa rakyat-bukannya pemimpin menyeksa rakyat dengan pidato kosong


MUHYIDDIN Yassin diberi penerangan oleh Menteri Perumahan Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg (tiga dari kanan) mengenai Projek Tebatan Banjir di Kampung Semariang Batu, Kuching, semalam. – BERNAMA


KUCHING 29 April – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berjalan kaki sejauh kira-kira tiga kilometer untuk melihat dan mendengar sendiri keluhan penduduk Kampung Samariang Batu dekat sini yang sering mengalami masalah banjir.

Beliau bersama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan diiringi Menteri Kemajuan Tanah Sarawak, Datuk Seri James Jemut Masing tiba di kampung itu pada pukul 4.30 petang dan disambut oleh Ahli Parlimen Petra Jaya, Fadillah Yusof.

Dalam lawatan tersebut, Muhyiddin berjalan kaki melihat sendiri sistem perparitan di kampung itu yang tidak sempurna serta tapak pembinaan jeti bagi kemudahan nelayan dan pelancong.

Setelah membuat tinjauan kira-kira sejam, Muhyiddin bersama ahli rombongan kemudiannya beredar ke kediaman Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bagi menziarahi jenazah Puan Sri Laila Taib yang meninggal dunia petang ini.

Sunday, April 26, 2009

Umum Ketua Pemuda negeri minggu depan

SEREMBAN 25 April - Senarai Ketua-Ketua Pemuda UMNO negeri yang baru akan diumumkan minggu depan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin berkata, kesemua Ketua Pemuda UMNO negeri yang bakal dilantik terdiri daripada muka-muka baru.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, senarai itu akan diumumkan setelah berbincang dan menerima pandangan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO di setiap negeri.

''Bagi Negeri Sembilan, saya telah mengadakan perbincangan awal dengan Datuk Seri Mohamad Hasan dan akan merujuk semula kepada beliau sebelum membuat pengumuman," ujarnya di sini hari ini.

Tuesday, April 21, 2009

'Penanti Sedang Menanti'

BN wajar meletakkan calon dalam pilihanraya kecil Dun Penanti,miskipun sudah tahu akan menerima beban kekalahan buat kali yang ke 5. Bagaimanapun, jika difikir secara halus dan mendalam, BN sebenarnya kalah angkara perbuatan sendiri . Para pemimpin BN wajar duduk semeja dan bermuhasabah sama seperti pemimpin BN terdahulu mengenepikan sentimen kaum masing-masing demi mendapatkan kemerdekaan daripada British.
Bermula d Permatang Pauh, bagaimana jentera BN dimalukan dengan cukup tragis sekali. Ramai berharap Kuala Terengganu akan menjadi penawar kepada kekalahan tersebut. Namun, sebaliknya berlaku, kubu kuat UMNO dan BN tersebut begitu mudah dirobek jentera pembangkang yang hanya mengeluarkan 'air liur' para pemimpin BN terdahulu seperti Anwar dan lain-lain lagi. Mereka tahu gaya kempen BN dan menggunakan segala kelemahan tersebut untuk memalukan BN. Sebenarnya, jika jentera kempen BN kemas dan turun sebagai sebuah pasukan padu, jitu dan terarah kepada matlamat kemenangan..BN akan menang
Yang penting sekarang, turun sabagai satu pasukan, sebagai satu pasukan, bukan sebagai ' enau dalam belukar' melepaskan pucuk masing-masing.

Tuesday, April 14, 2009

'Beri Peluang Kabinet Rakyat'

Berilah peluang kepada barisan kabinet rakyat untuk membuktikan kemampuan mereka dalam menunaikan amanah rakyat kepada negara.Jangan ada di antara kita yang cuba mengerat tiang ,mengoyak layar ,dan cuba mengubah haluan kemudi kapal dalam keadaan kapal dilanda ribut ,taufan dan badai
Budaya membuat tuntutan jawatan, walhal,sokonganb pengundi kepada mereka hanya tinggal nyawa-nyawa ikan patutlah diubah semula.Budaya menggertak pemimpin tertinggi BN perlu dihakis daripada minda para pemimpin komponen.Mereka perlu berpijak di bumi nyata, bahawa tanpa kerusi UMNO, telah lama BN kuasa.Semua mesti bermuhasabah diri, membuat penilaian semula kepada hasrat rakyat supaya mereka kembali mendampingi masalah rakyat, bukan hanya berkokok semasa pilihanraya sahaja

Monday, April 6, 2009

Pas bimbang Melayu tidak sokong calon PKR.....PAS KLUK-KLEK

SUNGAI PETANI: Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang melahirkan rasa bimbang kemungkinan orang Melayu di kawasan pilihan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau tidak menyokong calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), S Manikumar atas alasan calon itu bukan beragama Islam.

Katanya, masyarakat Melayu di kawasan itu perlu menyokong calon PKR dan tidak mempersoalkan agamanya kerana matlamat utama pakatan pembangkang ialah untuk mempertahankan kerusi Bukit Selambau.

Pilihan raya kecil kawasan DUN Bukit Selambau esok menyaksikan pertandingan 15 penjuru, dan antara calonnya ialah calon Barisan Nasional (BN), Datuk S Ganesan dan calon PKR, Manikumar.

"Pengundi terutama ahli Pas perlu mengunakan hak sebagai pengundi untuk mempertahankan kerusi Bukit Selambau," katanya dalam ceramah di Taman Ria Jaya di sini, malam tadi. - Bernama


..gane mung Hj Hadi..hale ke orang dokleh. UNDI calon bukan ISLAM..bile kene ke puok-puok mung nok pakoh calon bukan Islam ..buleh pulok....memang PAS ni parti KLUK-KLEK....KLUK KLEK---KLUK-KLEK






Saturday, April 4, 2009

'Selamat Bertugas Nakhoda Zaman'


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak yang mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri semalam, memulakan pentadbirannya dengan membebaskan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta membuat kajian semula terhadap akta itu.

Dalam perutusan sulungnya sebagai Perdana Menteri yang disiarkan menerusi TV1 malam tadi, Najib turut mengumumkan kerajaan menarik balik larangan penerbitan akhbar Harakah dan Suara Keadilan, berkuat kuasa serta-merta.

Pas masih ketinggalan sokongan Melayu di Bukit Gantang

TAIPING: Lima hari berkempen selepas hari penamaan calon pada Ahad lepas, Pas hari ini mendakwa ia masih ketinggalan dari segi sokongan pengundi Melayu berbanding Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang pada 7 April ini.

Pengarah Pilihan raya Pas Pusat, Datuk Mustaffa Ali, bagaimanapun menegaskan jentera pilihan raya parti itu berjaya merapatkan jurang sokongan pengundi Melayu itu yang kini didakwanya tidak jauh berbeza.

"Menjelang 7 April ini kita akan menutup jurang itu, insyaAllah. Bagaimanapun dari segi sokongan pengundi Cina dan India di Bukit Gantang, Pas masih lagi mendahului BN," katanya pada sidang akhbar di Markas Pas Air Kuning di sini, hari ini.

Berdasarkan keputusan pada beberapa pilihan raya di kawasan itu sebelum ini, sokongan pengundi Melayu terbahagi dua, hampir kira-kira separuh kepada BN dan Pas, namun BN sentiasa menikmati sokongan yang lebih banyak berbanding parti pembangkang itu.

Kenyataan Mustaffa itu sekaligus mengesahkan kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rabu lalu bahawa pengundi Melayu dalam kawasan pilihan raya kecil Bukit Gantang menunjukkan perubahan sikap lebih positif selepas beberapa hari jentera pilihan raya BN berkempen.

Semalam, Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, sekadar menyifatkan kenyataan Muhyiddin itu sebagai kata-kata motivasi untuk petugas BN pada pilihan raya kecil parlimen berkenaan.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada Pas ada menerima laporan berhubung dakwaan bahawa calonnya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meninggalkan majlis solat jenazah seorang ahli Umno semalam selepas beliau tidak dibenarkan menjadi imam,

Mustaffa berkata, dakwaan itu perlu disahkan terlebih dahulu kerana parti tersebut tidak menerima apa-apa laporan berhubung insiden berkenaan. - Bernama






Pengundi Bukit Gantang ambil peluang bersama Najib jana perubahan: Ismail

TAIPING: Pengundi di Parlimen Bukit Gantang perlu mengambil peluang untuk bersama-sama Datuk Seri Najib Razak yang dilantik menjadi Perdana Menteri hari ini bagi merencana serta menjana perubahan untuk kemakmuran negara pada masa depan sesuai dengan konsep 'Satu Malaysia', kata calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian.

Beliau turut melahirkan keyakinan bahawa pelantikan Najib sebagai perdana menteri keenam akan membawa banyak idea baru sekaligus menjadi pemangkin terhadap perubahan dalam kerajaan dan BN.

"Berdasarkan rekod dan pengalaman Najib yang begitu luas, saya yakin beliau akan memacu negara ke arah perubahan yang lebih signifikan terhadap kemajuan dan kemakmuran negara," katanya ketika ditemui di pejabat Umno Bahagian Bukit Gantang di sini.

Sebelum itu, beliau menghadiri beberapa siri program bertemu rakyat dan melawat mangsa banjir di sekitar Parlimen Bukit Gantang.

Mengenai dakwaan pembangkang bahawa BN melaksanakan projek 'mee segera' untuk memancing undi, beliau berkata, projek yang sedang dilaksanakan sekarang sebenarnya sudah dirancang sebelum pilihan raya kecil itu lagi.

Beliau berkata, projek yang dijalankan seperti pembinaan jalan, longkang dan perparitan bagi mengelakkan banjir adalah untuk kemudahan rakyat yang perlu disegerakan tanpa menunggu pilihan raya, selain pilihan raya kecil itu bukan sesuatu yang dirancang.

Ismail berkata, Pas sentiasa mencari apa sahaja peluang yang ada untuk memanipulasi sebarang isu bagi mengelirukan pengundi sedangkan rakyat semakin bijak menilai kemampuan serta keikhlasan BN melaksanakan projek pembangunan.

"Semua projek itu dijalankan bukan untuk kepentingan penyokong BN semata-mata tetapi untuk semua rakyat termasuk penyokong Pas. Malah, dari Perlis hingga Kuala Lumpur kita akan melihat banyak projek seperti itu dilaksanakan sedangkan di tempat berkenaan bukan ada pilihan raya," katanya.

Pada pilihan raya kecil 7 April ini, Ismail, 49, dicabar calon Pas, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, 52, dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris, 42.

Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Roslan Shaharum dari Pas pada 9 Februari lalu, akibat serangan jantung.

Pada pilihan raya umum 8 Mac, 2008, Roslan memenangi kerusi berkenaan selepas menewaskan calon BN, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi dan calon Bebas, M Mohganan dengan majoriti 1,566 undi. - Bernama