Sunday, November 30, 2008

PAS..Parti Alih Selera



PAS ..Sebuah parti yg mendakwa memperjuangkan Islam,nampaknya telah berubah dari landasan perjuangannya yg sebenarnya.PAS kini ibarat sesumpah yg akan berubah warna mengikut keadaan setempat.PAS yg pada tahun 70 an sehingga 90 an, masuk kampung keluar kampung menuduh UMNO sebagai KAFIR kerana bersahabat dgn parti bukan Islam kini terpaksa menelan kata-kata mereka sendiri.Kalau dulu mereka marah kpd UMNO membentuk pakatan Barisan Nasional dengan org bukan Islam dan melemparkan pelbagai gelaran, tuduhan ,malah maki-hamun sehingga para pengundi takut untuk mengundi BN , kerana mereka menganggap undi BN , MAKA ,mereka akan menjadi kafir.Selepas puluhan tahun memperbodohkan pengundi luar bandar dengan isu kafir kerana mengundi UMNO dan BN. Maka Allah Azzawajalla dengan segala kebesarannya telah menunjukkan kepada seluruh rakyat Malysia siapakah PAS yg sebenarnya,hanya bercakap soal ISLAM tetapi kosong bila di beri amanah

Rakyat telah diberi peluang memerintah Kelantan,Terengganu,Perak.Apakah semua negeri tersebut telah melaksanakan Hukum Hudud seperti yg dicanangkan oleh PAS. DiTerengganu PAS telah membentangkan Kanun Jenayah Syariah berbeza dengan Kelantan.Natijahnya rakyat Terengganu menolak secara total PAS dalam pilihanraya 2004 n 2008. InsaAllah PAS akan menerima kifarat Allah atas pembohongan mereka dalam Pilihanraya ke 13 nanti.........