Saturday, March 28, 2009

Tuesday, March 17, 2009

Discovery Berjaya Di Lancar Ke Angkasa


KAPAL angkasa Discovery dilancarkan dari tapak pelancaran 39A di Pusat Angkasa Kennedy pada kira-kira 7.43 pagi waktu Malaysia, semalam, membawa tujuh angkasawan ke ISS. -
CAPE CANAVERAL
, Florida 16 Mac - Kapal angkasa Discovery berjaya dilancarkan dari Pusat Angkasa Kennedy di sini awal pagi ini dengan membawa bersama panel suria yang akan dipasang bagi memperbesar ruang bagi persediaan penambahan krew di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).
Kapal angkasa Discovery dilancarkan pada pukul 7.43 malam (7.43 pagi ini waktu Malaysia) dan memasuki orbit lapan minit kemudian. Perjalanan ke stesen ISS dijangka mengambil masa selama dua hari.
Pengarah Misi Pelancaran, Mike Leinbach berkata, pelancaran itu berjalan dengan sempurna.
"Saya telah melihat banyak pelancaran... dan ini merupakan pelancaran yang paling cantik dilihat. Ia menakjubkan," katanya pada pemberita dalam satu sesi taklimat di sini.

Gobind digantung 12 bulan

KUALA LUMPUR 16 Mac - Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul untuk menggantung Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) daripada menghadiri sidang Dewan selama 12 bulan berkuat kuasa serta-merta.
Selain digantung, Gobind tidak akan menerima sebarang bayaran elaun dan kemudahan sebagai Ahli Parlimen sepanjang tempoh tersebut.
Tindakan tersebut diambil ekoran dua kenyataan Gobind yang mendakwa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terbabit dalam kes pembunuhan selain menghina Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat setelah diperintah keluar Dewan.
Kenyataan berkenaan dibuat Gobind pada 12 Mac lalu semasa perbahasan peringkat Jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2009).
Sewaktu membentangkan usul tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, kenyataan Gobind itu sangat serius dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai ahli Parlimen serta merupakan penghinaan kepada Dewan.

Monday, March 16, 2009

Agenda besar runtuhkan negara
KUALA LUMPUR 15 Mac – Pemuda UMNO yakin ada pihak tertentu yang sedang memainkan peranan dan mempunyai agenda besar bagi meruntuhkan keamanan dan kekuatan negara.
Ketua pergerakan itu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, agenda itu dapat dilihat melalui rusuhan, gerakan kumpulan, fitnah dan tindakan menghasut dan menghuru-harakan negara.
Katanya, agenda itu juga bertujuan melemahkan kekuatan institusi yang selama ini menunjangi kemerdekaan.
“Selama ini iaitu sebelum kewujudan pihak tertentu, tidak pernah ada anak Melayu yang tergamak baring di atas jalan untuk menghalang kenderaan raja.
“Anak Melayu selama ini tidak sanggup membaling batu ke arah rajanya sendiri dan tidak mungkin warga Perak biadab kepada raja,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Selain itu, katanya, Pemuda UMNO yakin golongan yang menderhaka itu terdiri daripada individu yang tidak sedar bahawa dirinya diperalat untuk memenuhi agenda besar pihak berkenaan.
Sehubungan itu, katanya, Pemuda UMNO akan memastikan impian pihak tersebut untuk memecahbelahkan ahli, melaga-lagakan pemimpin dan melemahkan parti ketika ini tidak menjadi kenyataan.
“Kami akan mewujudkan gelombang kebangkitan Pemuda UMNO untuk menghalang niat buruk pihak berkenaan.
“Sepanjang kempen pilihan raya kecil di tiga kawasan iaitu Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air, kami akan menyedarkan generasi dan pengundi muda,” katanya.
Beliau berkata, generasi dan pengundi muda perlu sedar taktik kotor pembangkang yang mencampur-aduk maklumat benar dan separuh benar untuk mengelirukan serta memikat hati masyarakat.
Menurutnya, pemimpin Melayu yang sanggup diperalatkan untuk membuat tohmahan terhadap pemimpin adalah pengkhianat besar.

Gobind Singh wajar dikenakan tindakan
Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM saiful.hasam@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 15 Mac - Ahli Parlimen Puchong dari DAP, Gobind Singh Deo wajar dikenakan tindakan mahkamah kerana mempersoalkan keadilan sistem perundangan negara di Dewan Rakyat, Khamis lalu.
Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis berkata, kenyataan Gobind itu tergolong dalam kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948.
Katanya, tindakan mahkamah itu tidak bertentangan dengan imuniti yang dinikmati Ahli Parlimen sewaktu berucap di Dewan Rakyat kerana keistimewaan itu mempunyai had tertentu sebagaimana yang dinyatakan Artikel 63(4) Perlembagaan Persekutuan.
"Kalau seorang wakil rakyat membangkitkan isu kedaulatan raja, hak istimewa Melayu, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan perkara-perkara di bawah akta hasutan, mereka boleh diseret ke mahkamah.
"Akta hasutan menyatakan kalau sesiapa mempersoalkan dan membangkitkan kemarahan rakyat terhadap sistem keadilan negara, maka ia tergolong di bawah maksud kecenderungan menghasut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kelmarin, Gobind diperintahkan keluar Dewan oleh Timbalan Yang di Pertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee setelah beliau menimbulkan suasana tegang apabila mempersoalkan sistem keadilan dalam pendakwaan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.
Ronald kemudian mengarahkannya berhenti daripada membangkitkan perkara tersebut berikutan kes berkenaan sedang dalam perbicaraan mahkamah namun Gobind terus berdegil.
Dalam keadaan marah dan tidak puas hati, Gobind kemudian keluar Dewan sambil diiringi bentara.
Ketika ditemui pemberita kemudiannya, beliau yang diminta mengulangi tuduhan tersebut di luar Dewan berkata: "Saya tidak mahu ulang kerana dalam Dewan saya dilindungi oleh kekebalan Ahli Dewan."
Gabungan UMNO-Pas impian orang Melayu
KUALA LUMPUR 15 Mac - Cadangan untuk mewujudkan satu kerajaan perpaduan yang menggabungkan Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO dan Pas merupakan impian seluruh masyarakat Melayu di negara ini.
Ia adalah kerana kedua-dua parti tersebut merupakan dua parti terbesar orang Melayu yang selama ini sering bertentangan dalam apa jua isu disebabkan perbezaan ideologi dan prinsip dalam politik.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, segala usaha yang boleh menggerakkan ke arah merealisasikan impian tersebut antaranya mengadakan pertemuan di peringkat kepimpinan parti perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh.
"Saya pernah berjumpa dengan beberapa pemimpin Pas dan saya bercakap mengenai perkara ini. Mereka memberi reaksi yang amat positif dan mereka sendiri mengakui kerjasama UMNO-Pas adalah impian bagi seluruh masyarakat Islam terutama orang Melayu.
"Siapa tidak mahu melihat UMNO dan Pas bersatu? Apa yang penting sekarang, pihak UMNO dan Pas harus mengetepikan perbezaan fahaman politik supaya kita dapat memulakan segera usaha ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas cadangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar semua parti politik di negara ini bersatu bagi mewujudkan kerajaan perpaduan dalam satu temuramah dengan sebuah portal berita baru-baru ini.
Presiden Pas itu mencadangkan pembentukan kerajaan perpaduan iaitu semua pihak bekerjasama untuk kepentingan negara bukan lagi untuk kepentingan parti masing-masing yang sempit.
Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika mengulas kenyataan itu berkata, kerajaan campuran antara BN dan Pas seperti mana dicadangkan oleh Abdul Hadi tidak perlu.
Dalam pada itu, Mohamad Khir berkata, antara faktor utama beliau mahu kerjasama itu berjaya direalisasikan adalah disebabkan agama.
Beliau berkata, gabungan antara kedua-dua parti berkenaan akan menguatkan lagi kedudukan Islam sekali gus memelihara kesuciannya dicemari oleh mana-mana pihak.
"Saya optimis hasrat ini akan tercapai pada satu hari nanti. Sebenarnya, tiada perbezaan yang ketara antara UMNO dan Pas kerana kita saudara seagama yang sentiasa menjunjung syariat Rasulullah.
"Selain mengetepikan perbezaan fahaman politik, sifat dendam antara UMNO dan Pas perlu dikikiskan. Bagi saya, ini merupakan kerja agama kerana ia akhirnya bermatlamatkan untuk membela agama, bangsa dan negara kita.
"Bagi kaum lain, mereka tidak harus khuatir kerana hak mereka tetap akan terpelihara seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Dalam perkembangan yang sama, Mohamad Khir yakin dengan kewibawaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi sejarah yang pernah dibuat oleh bapanya yang juga Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak.
"Tun Abdul Razak pernah membawa masuk Pas untuk menyertai parti kerajaan pada tahun 1974. Walaupun usaha itu hanya bertahan setakat empat tahun, sekurang-kurangnya Tun Abdul Razak berjaya melakukannya," katanya.
Nada yang sama turut disuarakan oleh Ketua Penerangan UMNO Johor, Dr. Mohd. Puad Zarkashi.
Beliau berkata, antara langkah awal yang boleh dilaksanakan ialah mengadakan muzakarah antara UMNO dan Pas dengan menemukan pemimpin utama antara kedua-dua pihak.
Kata beliau, melalui muzakarah berkenaan, UMNO dan Pas boleh mencari satu titik persamaan dalam isu-isu tertentu yang akhirnya memberi faedah kepada usaha membela agama, bangsa dan negara.
Selain itu, pembentukan kerajaan campuran di Perak juga boleh dijadikan langkah awal kerjasama antara BN atau secara khususnya UMNO dengan pihak Pas.
"Di Malaysia hanya UMNO dan Pas sahaja parti orang Melayu. Jika ini dapat direalisasikan saya percaya pihak yang paling gembira ialah orang Melayu sendiri.
"Saya mengimpikan ia benar-benar terjadi dan saya akan sentiasa berdoa kepada Allah agar

Saturday, March 14, 2009

5 didakwa hina Sultan
Chan Hon Keong, 26,
dituduh bersama isterinya, Khoo Hui Shuang, 27, menghina Sultan Perak melalui laman web http://books.dreambooks.com/duliduli.html yang mempunyai pautan kepada laman web Sultan Perak, www.sultanperak.gov.my. di Permatang Pauh, Butterworth, kira-kira pukul 12.05 pagi, 13 Februari lalu.

RUTININ Suhaimin, 35, dituduh melakukan kesalahan sama menggunakan perkhidmatan aplikasi Internet secara sedar dengan membuat dan memulakan penghantaran komen di alamat http://booksdreambook.com/duli/duli.html yang pada pukul 6.33 petang pada 13 Februari lalu di Kundasang, Sabah.

Nor Hisham Osman, 36, didakwa telah membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelik sifatnya di http://books.dreambook.com.web per/dul1.html yang mempunyai pautan kepada laman web Sultan Perak iaitu www.sultan.perak.gov.my. Perbuatan itu didakwa dilakukannya pada pukul 12.34 tengah hari, 11 Februari lalu di Taman Lestari Perdana, Sri Kembangan, Selangor.

Muslim Ahmad, 54, didakwa atas tiga tuduhan menulis komen menghina Sultan Perak menggunakan perkhidmatan Internet menghina Sultan Perak di Setapak, Kuala Lumpur pukul 2.21 dan 2.27 petang, 7 Februari lalu.

PEMBANTU makmal Azrin Md. Zain, 33, didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah menulis komen yang menghina Sultan Perak
Haramkan lagu nyanyian Agnes Monica
SHAH ALAM 13 Mac - Kerajaan Pusat diminta mengharamkan sebuah lagu Indonesia berjudul Allah Peduli kerana mengandungi lirik antara lain menyebut 'sebab Allah Yesusku mengerti.'
Pengerusi Majlis Agama Islam Sela-ngor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa berkata, tindakan mengharamkan lagu itu wajar diambil kerana ia menyentuh sensitiviti agama.
Beliau berkata, terdapat sesetengah umat Islam yang tidak faham dengan kandungan lirik dan membuta tuli ikut menyanyi sedangkan lirik itu secara senyap memesong keimanan dan akidah.
"Kita minta pihak yang berkenaan di peringkat Kerajaan Pusat turut memantau isu lirik lagu ini dan mengambil langkah sewajarnya demi memelihara kesucian agama Islam," katanya.
Mohd. Adzib menjelaskan, mana-mana orang bukan Islam yang menggunakan perkataan Allah dalam kitab-kitab agama atau penerbitan agama bukan Islam adalah melakukan kesalahan dan boleh didakwa iaitu denda RM1,000 jika disabitkan kesalahan.
Dalam hubungan ini, kata beliau, MAIS berpendirian bahawa penggunaan kalimah Allah hanya eksklusif untuk orang Islam sahaja.

Friday, March 13, 2009

Majlis Peguam tidak kebal undang-undang
KUALA LUMPUR 12 Mac - Majlis Peguam tidak kebal daripada tindakan sekiranya didapati melanggar undang-undang negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, Majlis Peguam merupakan satu entiti sama seperti individu lain di negara yang dikawal oleh undang-undang dan tidak terlepas daripada tindakan undang-undang.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Datuk Mukhriz Mahathir (BN - Jerlun) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Mukhriz bertanyakan tindakan majlis itu sebelum ini yang mempertikaikan status agama Islam di negara ini dan penglibatan mereka dalam politik negara sehingga menimbulkan perasaan marah dan kesangsian di kalangan rakyat.
Terdahulu, Mukhriz dalam soalan asalnya menyatakan adakah kerajaan bercadang untuk meminda Akta Profesion Perundangan 1976.
Mohamed Nazri berkata, kerajaan pada masa ini tidak bercadang meminda akta itu sebagai salah satu usaha mengehadkan bidang kuasa Majlis Peguam yang dilihat cenderung terlibat dalam politik negara, sehingga mengabaikan kebajikan ahlinya.
Katanya, kuasa Majlis Peguam antara lain ialah untuk memberikan pandangan mengenai apa-apa perkara yang berkaitan perundangan, pentadbiran dan pengamalan undang-undang di negara.
"Jika sesetengah perkara politik negara melibatkan soal perundangan, maka majlis itu mempunyai kuasa untuk memberi pandangan yang dikira wajar dan sesuai, tanpa melibatkan diri secara terus dalam proses politik negara," katanya.

Monday, March 9, 2009

GMP nafi didalangi pihak tertentu - PPSMI
09/03/2009 8:02pm
KUALA LUMPUR 9 Mac — Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) menafikan didalangi pihak tertentu termasuk pembangkang dalam usaha gerakan itu membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad berkata apa yang berlaku pada perhimpunan membantah PPSMI Sabtu lepas adalah di luar bidang kuasa GMP dan
“GMP menganggap mereka yang datang adalah untuk menyatakan sokongan mereka”. “Tiada dalang di sebalik apa yang berlaku, kami bukan wayang kulit yang dimainkan oleh tukang cerita, yang datang (berhimpun) sebagai penyokong, saya tak mahu dikatakan boneka, ia seperti menghina (saya),” katanya pada sidang akhbar di Rumah Pena di sini, hari ini.
Hassan berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam bahawa perhimpunan Sabtu lepas didalangi pembangkang berdasarkan penyertaan beberapa pemimpin mereka pada demonstrasi jalanan itu.
Perhimpunan anjuran GMP yang asalnya bertujuan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong turut disertai beberapa pemimpin pembangkang termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, selain segelintir peserta perarakan yang dilihat memakai pakaian dan membawa logo beberapa parti pembangkang. - Bernama
Sejarah Hidup Nabi Muhammad SAW

HARI ini umat Islam di seluruh pelosok dunia meraikan tarikh 12 Rabiulawal, iaitu tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW. Sungguhpun Baginda telah pergi meninggalkan umat yang dikasihinya lebih 1,500 tahun lalu, namun perasaan cinta dan kasih sayang seluruh umat Muslimin tidak akan berkurang.
Meskipun Baginda pernah menyatakan bahawa umat Islam yang ramai pada akhir zaman umpama buih akan berada dalam keadaan yang lemah namun jumlah yang tetap berpegang teguh pada ajarannya tetap ramai.
Usaha mendokumentasikan setiap kata-kata dan perbuatan Baginda oleh para pengumpul hadis telah menyelamatkan umat Islam dalam mentafsirkan kebanyakan maksud ayat al-Quran. Hadis dan sunah Nabi SAW kemudian menjadi sumber utama selepas al-Quran dalam menetapkan hukum Islam. Daripada catatan-catatan inilah kemudiannya lahir banyak buku yang menceritakan kisah hidup Rasulullah SAW.
Dapatlah dikatakan Nabi Muhammad SAW salah seorang tokoh dan pemimpin yang kisah hidupnya paling banyak diterbitkan. Biografi Baginda sentiasa terbit dalam bentuk dan edisi baru kerana selalu ada penulis kontemporari yang melihat ketokohan baginda dalam pelbagai konteks dan tafsiran yang baru.
Hayati Maulidur Rasul
KUALA LUMPUR 8 Mac - Masyarakat Islam perlu menghayati makna di sebalik sambutan Maulidur Rasul dan sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan panduan dalam menghadapi pelbagai cabaran masa kini.
Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad berkata, renungan dan peringatan zahir sahaja tidak memadai jika tiada pengisian penting dan penghayatan untuk mentafsirkannya dalam bentuk akidah dan amalan.
"Majlis seumpama ini penting bagi memperingati kisah perjuangan dan pengorbanan baginda berdakwah dan memartabatkan Islam.
"Amalan secara tradisi ini juga merupakan kaedah penyatuan ummah dan permuafakatan paling berkesan bagi menyatupadukan masyarakat Islam daripada pelbagai perbezaan pendapat dan ideologi," katanya.
Beliau ditemui pemberita semasa Majlis Sambutan Maulidur Rasul yang bertemakan Maulidur Rasul Pemangkin Khaira Ummah anjuran Masjid Negara bagi tahun 1430/2009M di Masjid Negara di sini malam tadi.
Kira-kira 500 orang menyertai sambutan yang bermula pada pukul 8 malam itu.
Ia dimulakan dengan persembahan marhaban dan berzanji oleh kumpulan Marhaban Al-Islah dari Masjid Jamek Ibnu Khaldun, Sungai Besi.

Sunday, March 8, 2009

Chong Wei ke final Seluruh England

BIRMINGHAM: Pemain negara, Lee Chong Wei, menempah tiket ke final Seluruh England selepas menundukkan bekas juara Olimpik, Taufik Hidayat, 21-8, 21-13.

Friday, March 6, 2009

'Terima Kasih Taib Azamudden"

Taib Azamudden perjelas penggunaan kalimah Allah
KUALA LUMPUR 5 Mac - Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa nama Allah berdasarkan kepercayaan (tauhid) orang Islam tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.
Taib Azamudden Mat Taib (Pas-Baling) berkata, ini kerana Allah yang dimaksudkan oleh agama lain adalah berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam.
Taib Azamudden, yang juga bekas Imam Besar Masjid Negara berkata demikian setelah Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta beliau memberi penjelasan mengenai isu penggunaan kalimah Allah, yang agak hangat dibincangkan oleh beberapa anggota Dewan hari ini.
Ahmad Zahid, yang ketika itu menggulung perbahasan usul ucapan terima kasih titah ucapan diraja, kemudian berkata, penjelasan oleh Ahli Parlimen Baling itu selari dengan pegangan kerajaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Fatwa Kebangsaan

Atasi Gangsterisme Pelajar Dengan Nilai Islam

Atasi gangsterisme pelajar dengan nilai Islam
Oleh ZULZAIDI MAHMOD



KES-KES pembulian pelajar sekolah seakan seperti satu pesta yang berleluasa di Malaysia hari ini. Terpampang di dada akhbar dan paparan televisyen satu demi satu pembongkaran masalah gangsterisme pelajar sekolah.
Kes-kes pembulian ini seolah-olah satu tradisi turun-temurun sama ada di sekolah, lebih-lebih lagi pembulian di asrama. Selalunya pelajar-pelajar senior dari tingkatan empat hingga tingkatan enam yang melakukan perkara tidak berperikemanusiaan ini.
Pelajar-pelajar junior yang membuat masalah dan disyaki bersalah seperti mencuri, menghisap rokok, ponteng dan sebagainya tidak terus dihadapkan kepada lembaga disiplin sekolah atau asrama tetapi diadili di 'mahkamah' pelajar senior untuk diambil tindakan dan dijatuhi hukuman.
Semestinya masyarakat sedia maklum hukuman dan tindakan yang diambil oleh pelajar senior adalah dengan memukul mangsa sehingga pengsan, luka, patah dan ada yang sampai menemui ajal.
Perkara ini memang satu kesalahan yang sukar untuk dimaafkan, kerana tindakan yang diambil oleh mereka itu bersalahan dengan tatatertib sekolah.
Sepatutnya, pelajar yang membuat masalah perlulah terus dihadapkan kepada lembaga disiplin sekolah atau asrama kerana tatatertib akan diambil mengikut kesalahan dan prosedur yang ada.
Kes-kes pembulian atau gangsterisme sekolah juga tidak pernah mengenal sama ada pelajar-pelajar yang membuat kesilapan atau disyaki membuat kesalahan itu berada dalam keadaan benar ataupun tidak.
Apa yang penting untuk kaki pukul ini adalah melepaskan geram kepada junior dengan pukulan, sepakan, tamparan, terajang dan sebagainya.
Kata-kata lumrah semasa memukul pelajar adalah dengan memaki hamun pelajar yang membuat salah dengan kata-kata kesat dan mengkategorikan apa yang dilalui mereka itu jauh lebih ringan daripada mereka (senior) terdahulu.
Antaranya: "Aku kira baiklah pukul kau perlahan, dulu aku kena pukul lagi teruk." Lafaz-lafaz inilah yang selalunya diluahkan oleh pembuli-pembuli yang tidak memikirkan masa depan mereka.
Ugutan-ugutan yang melampaui batas juga selalunya terhambur keluar daripada mulut mereka, seperti jika kes ini diketahui umum pelajar yang disyaki membuat salah akan dipukul lebih teruk daripada kali pertama. Sehingga kepada ugutan-ugutan bunuh yang dilakukan tetapi disembunyikan kepada masyarakat awam.
Kes-kes pukul yang melibatkan pelajar kerap kali kedengaran seperti yang berlaku baru-baru ini di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Oya, Dalat Sarawak, kes di Marang, Terengganu yang melibatkan pelajar senior yang memukul junior dengan menghantukkan kepala ke tiang, di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 5, Wangsa Maju yang mana mangsa dipukul dalam bas gara-gara terlanggar bahu kekasih salah seorang ahli kumpulan buli sekolah dan banyak lagi untuk dibongkarkan.
Masalah ini dilihat sukar untuk diselesaikan. Namun, jika semua pihak berganding bahu mendokong penyelesaian masalah ini secara berhikmah, pasti perkara ini dapat diselesaikan.
Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (PMAPIUM), Izzat Amin Mohd. Nasir mencadangkan masalah gangsterisme pelajar sekolah bagi yang beragama Islam perlu ditangani dengan cara Islam.
Kaedah Islam ini adalah dengan menanam nilai-nilai kerohanian dalam diri semua pelajar seperti dekati pelajar dengan al-Quran, suasana sekolah yang berlandskap Islamik contohnya; papan-papan tanda yang memuji Allah SWT, hakikatnya memainkan peranan dalam hal ini.
Pelajar sekolah pada hari ini, seakan jauh daripada al-Quran. Jika kita membuat kajian ke atas pelajar sekolah kebanyakannya masih terkapai-kapai untuk mengenali huruf-huruf di dalam al-Quran, apatah lagi membacanya.
Sewajarnya pihak sekolah amat berperanan penting memastikan kes-kes ini tidak berulang lagi. Guru-guru disiplin perlu lebih tegas dalam memastikan masalah pembulian ini tidak berleluasa.
Cadangan menanamkan nilai-nilai kerohanian seperti terlibat dengan Badan Dakwah dan Kerohanian Sekolah (Badar), merupakan satu langkah bijak.
Melalui penglibatan pelajar dalam badan-badan dakwah ini, secara tidak langsung suasana sekolah dan asrama lebih berunsurkan Islam.
Sekali gus memberi kesan dalam diri pelajar dan menerapkan nilai-nilai kerohanian dapat berjalan dengan lancar di sekolah dan asrama.
Kes-kes pembulian ini perlu diterapkan padah kesannya kepada mereka sejak dari awal persekolahan agar pelajar-pelajar ini tidak melakukan perkara sedemikian

'Buli di Sekolah..Apa Pnyelesaiannya?

Jelingan dibalas libasan 'lawi ayam'
PASIR PUTEH 5 Mac - Akibat menjeling, seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di bandar ini cedera selepas dilibas dengan senjata kecil yang tajam dikenali sebagai 'lawi ayam' oleh dua pelajar senior dalam pergaduhan di sekolah itu hari ini.
Atasi gejala buli pelajar
KUANTAN 5 Mac - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah meminta setiap sekolah menganjurkan program khas pembentukan peribadi pelajar sebagai usaha menangani gejala buli yang semakin menular.

Pelajar kita bukan gengster
KUALA LUMPUR 5 Mac - Pelajar-pelajar di negara ini bukan gengster cuma nakal. Malah kes-kes disiplin membabitkan mereka sejak akhir-akhir ini langsung tidak berkaitan dengan gengsterisme.

Lantik guru lelaki jaga disiplin
KUALA LUMPUR 5 Mac - Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom mencadangkan supaya guru lelaki dilantik sebagai guru disiplin di sekolah seluruh negara dalam usaha membendung kes buli pelajar.

Wednesday, March 4, 2009

nik aziz tak mahu ulas lagi


Nik Aziz tidak mahu panjangkan isu penggunaan perkataan Allah
04/03/2009 11:41am
KOTA BAHARU 4 Mac. — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak mahu memanjangkan isu penggunaan perkataan Allah bagi agama lain kerana khuatir ia boleh mengelirukan rakyat dan umat Islam.
Mursyidul Am PAS itu berkata ini kerana beliau mempunyai pandangan berbeza dari sudut lain, manakala orang lain berpandangan dari sudut lain. “Bagi mengelakkan ia boleh mengelirukan orang ramai, lebih baik saya tidak ulas panjang tentang isu itu,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Melaka di sini, malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar yang mahu menteri besar itu memberi penjelasan lebih lanjut mengenai kenyataannya sebelum ini bahawa perkataan Allah boleh digunakan oleh semua agama, bagi mengelakkan kekeluruan umat Islam mengenai isu itu.
Nik Abdul Aziz sebelum ini dilapor sebagai menyifatkan tidak salah untuk orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah bagi merujuk kepada Tuhan.
Beliau dilaporkan berkata dalam al-Quran sendiri ada menceritakan bahawa orang bukan Islam telah menggunakan perkataan Allah sejak zaman berzaman lagi.
“Saya mempunyai pandangan berbeza dari sudut lain, manakala orang lain berpandangan lain dari sudut mereka faham. Bagi mengelak kekeliruan, baik saya tidak ulas panjang tentang isu itu,” kata Nik Abdul Aziz. — Bernama


...molek jugok Tok Guru dok banyok ulas....koho ulas,,,koho masuk Hospital Pengundi....silap-silap masuk wad icu dan ccu......

'Jenaka DO, RE, MI ' di Perak


Persidangan Tergempar DUN Perak yang mengingatkan rakyat kepada 'jenaka' Laksamana DO, Re, Mi adalah amat memalukan Demokrasi serta Sistem Raja Berperlembagaan yang sama-sama kita dokong dan menjadi tunjang kepada kestabilan negara selama ini. Semoga semua para pemimpin dan mendabik dada mahu memperjuangkan hak rakyat kembali , menginsafi cara mereka bertindak. Biarlah segala tindakan kita mengikut segala lunas undang-undang dan tidak bertindak hanya menggunkan emosi sahaja.
Kita hidup dalam kepelbagaian agama, kaum dan adat resam, kita baru merdeka 51 tahun dan telah dijajah selama 446 tahun, sama-samalah kita jaga kemerdekaan ini, jangan menepuk air ke dulang, pasti terperecik ke muka sendiri
Kepelbagaian adalah kekuatan kita dalam semua hal, tetapi, jika tak pandai guna, ia boleh mencetuskan tsunami perang yang amat merugikan. Kepada para pemimpin politik pembangkang , renunglah sejarah kekalahan Melaka yang dulunya kita telah hidup dengan kepelbagaian di pelabuhan Melaka samada Melayu, Cina dan India
Portugis telah memecahkan perpaduan kita dan Melaka kalah dan kini anasir-anasir luar sedang bergembira untuk melihat Malaysia hancur, lebur dan punah ranah kerana politik perkauman serta sikap bebal para pemimpin politik yang hanya tahu berucap berapi-api tetapi gagal menjalan kan amanah apabila mendapat kuasa.
Semoga Allah memelihara bumi Malaysia daripada segala malapetaka dan kita sentiasa di bawah rahmatnya.

Sunday, March 1, 2009

Pelan Peralihan Kuasa Seperti Ditetapkan

Pelan peralihan kuasa dilaksanakan seperti yang ditetapkan
01/03/2009 5:42pm
OLEH WAN NORAZAH WAN CHIK
HUA HIN, Thailand 1 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menegaskan bahawa pelan peralihan kuasa akan dilaksanakan seperti yang telah ditetapkan.
"Itu adalah pelan yang telah dibuat dan kita akan mengikut pelan tersebut," katanya pada sidang akhbar bersama wartawan antarabangsa selepas berakhirnya Sidang Kemuncak ASEAN ke-14 di sini, petang ini.
Abdullah berkata demikian ketika ditanya mengenai sama ada beliau akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak serentak dengan penyerahan Presiden UMNO pada akhir bulan ini.-Utusan
'Haji Hudud sangat bimbang dengan pelan peralihan kuasa ini kerana ia takut para Pemuda PAS akan mendesak beliau juga meletakkan jawatan sebagai Presiden PAS'...GUANE GAMOK Hj Hudud
.Para pemimpin UMNO tidak tamak kuasa seperti pemimpin Pas yg bertanding Pilihanraya 2 kerusi sorang..tak cukup elaun ADUN..elaun ahli Parlimen tibai.. duduk dalam PARLIMEN terkebil-kebil tengok Mr KARPAL bercakap....tunggulah dalam pilihanraya ke 13.,. akan 'karam' semua dengan kapal-kapal sekali