Taib Azamudden perjelas penggunaan kalimah Allah
KUALA LUMPUR 5 Mac - Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa nama Allah berdasarkan kepercayaan (tauhid) orang Islam tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.
Taib Azamudden Mat Taib (Pas-Baling) berkata, ini kerana Allah yang dimaksudkan oleh agama lain adalah berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam.
Taib Azamudden, yang juga bekas Imam Besar Masjid Negara berkata demikian setelah Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta beliau memberi penjelasan mengenai isu penggunaan kalimah Allah, yang agak hangat dibincangkan oleh beberapa anggota Dewan hari ini.
Ahmad Zahid, yang ketika itu menggulung perbahasan usul ucapan terima kasih titah ucapan diraja, kemudian berkata, penjelasan oleh Ahli Parlimen Baling itu selari dengan pegangan kerajaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Fatwa Kebangsaan

2 comments:
baru ulamak berjurus, terang perkara dengan betul...ini duk perjelas perkara karut marut sampai pening rakyat, yg mana satu betul
moga Tok Guru insaf BEB
Post a Comment