Saturday, March 14, 2009

Haramkan lagu nyanyian Agnes Monica
SHAH ALAM 13 Mac - Kerajaan Pusat diminta mengharamkan sebuah lagu Indonesia berjudul Allah Peduli kerana mengandungi lirik antara lain menyebut 'sebab Allah Yesusku mengerti.'
Pengerusi Majlis Agama Islam Sela-ngor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa berkata, tindakan mengharamkan lagu itu wajar diambil kerana ia menyentuh sensitiviti agama.
Beliau berkata, terdapat sesetengah umat Islam yang tidak faham dengan kandungan lirik dan membuta tuli ikut menyanyi sedangkan lirik itu secara senyap memesong keimanan dan akidah.
"Kita minta pihak yang berkenaan di peringkat Kerajaan Pusat turut memantau isu lirik lagu ini dan mengambil langkah sewajarnya demi memelihara kesucian agama Islam," katanya.
Mohd. Adzib menjelaskan, mana-mana orang bukan Islam yang menggunakan perkataan Allah dalam kitab-kitab agama atau penerbitan agama bukan Islam adalah melakukan kesalahan dan boleh didakwa iaitu denda RM1,000 jika disabitkan kesalahan.
Dalam hubungan ini, kata beliau, MAIS berpendirian bahawa penggunaan kalimah Allah hanya eksklusif untuk orang Islam sahaja.

No comments: