Monday, March 9, 2009

GMP nafi didalangi pihak tertentu - PPSMI
09/03/2009 8:02pm
KUALA LUMPUR 9 Mac — Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) menafikan didalangi pihak tertentu termasuk pembangkang dalam usaha gerakan itu membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad berkata apa yang berlaku pada perhimpunan membantah PPSMI Sabtu lepas adalah di luar bidang kuasa GMP dan
“GMP menganggap mereka yang datang adalah untuk menyatakan sokongan mereka”. “Tiada dalang di sebalik apa yang berlaku, kami bukan wayang kulit yang dimainkan oleh tukang cerita, yang datang (berhimpun) sebagai penyokong, saya tak mahu dikatakan boneka, ia seperti menghina (saya),” katanya pada sidang akhbar di Rumah Pena di sini, hari ini.
Hassan berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam bahawa perhimpunan Sabtu lepas didalangi pembangkang berdasarkan penyertaan beberapa pemimpin mereka pada demonstrasi jalanan itu.
Perhimpunan anjuran GMP yang asalnya bertujuan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong turut disertai beberapa pemimpin pembangkang termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, selain segelintir peserta perarakan yang dilihat memakai pakaian dan membawa logo beberapa parti pembangkang. - Bernama

2 comments:

puteraterengganu.blogspot.com said...

semoga masalah PPSMI ini akan selesai cepat

toksetiu said...

susahnya kerajaan nak martabatkan orang Melayu supaya hebat