Persidangan Tergempar DUN Perak yang mengingatkan rakyat kepada 'jenaka' Laksamana DO, Re, Mi adalah amat memalukan Demokrasi serta Sistem Raja Berperlembagaan yang sama-sama kita dokong dan menjadi tunjang kepada kestabilan negara selama ini. Semoga semua para pemimpin dan mendabik dada mahu memperjuangkan hak rakyat kembali , menginsafi cara mereka bertindak. Biarlah segala tindakan kita mengikut segala lunas undang-undang dan tidak bertindak hanya menggunkan emosi sahaja.
Kita hidup dalam kepelbagaian agama, kaum dan adat resam, kita baru merdeka 51 tahun dan telah dijajah selama 446 tahun, sama-samalah kita jaga kemerdekaan ini, jangan menepuk air ke dulang, pasti terperecik ke muka sendiri
Kepelbagaian adalah kekuatan kita dalam semua hal, tetapi, jika tak pandai guna, ia boleh mencetuskan tsunami perang yang amat merugikan. Kepada para pemimpin politik pembangkang , renunglah sejarah kekalahan Melaka yang dulunya kita telah hidup dengan kepelbagaian di pelabuhan Melaka samada Melayu, Cina dan India
Portugis telah memecahkan perpaduan kita dan Melaka kalah dan kini anasir-anasir luar sedang bergembira untuk melihat Malaysia hancur, lebur dan punah ranah kerana politik perkauman serta sikap bebal para pemimpin politik yang hanya tahu berucap berapi-api tetapi gagal menjalan kan amanah apabila mendapat kuasa.
Semoga Allah memelihara bumi Malaysia daripada segala malapetaka dan kita sentiasa di bawah rahmatnya.
3 comments:
jika laksama do re mi hidup..pasti ia akan cari mana satu Panglima pasola
Panglima Pasola tak payah cari ..Anwar Ibrahim menteri PASOLA ITU
Post a Comment