Wednesday, January 13, 2010

KATAKAN TAK NAK PADA KIT SIANG DAN NUAR BRAHIM

inilah gaya 2 pemimpin pembangkang utama Malaysia apabila rakyat mengadu supaya hentikan segala drama dan lakonan yg meloyakan rakyat-kepada seluruh rakyat Malaysia-ingatlah temberang dan tembelang kedua-dua pemimpin ini semasa mereka di puncak kuasa-yg sorang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri-yg sorang lagi pernah menjadi Ketua Pembangkang dan bertaraf menteri-apa yg mereka berdua lakukan ialah sentiasa menimbulkan suasana tidak tenteram dan huru hara negara- semoga mereka kalah dalam PRU 13 NANTI.....

Saturday, January 9, 2010

'NIK AZIZ YG HEBAT MENJOLOK'

ikut kawe ah--sapo keno jolok lepah ning! kawe dok here sapo pun!!!
Doa Nik Aziz makan diri sendiri’

PASIR MAS: Pertelingkahan di kalangan pemimpin Pas di negeri ini selain masalah dalaman yang melanda parti itu menunjukkan bahawa kerajaan Pas Kelantan sedang dalam keadaan bercelaru. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed, berharap rakyat Kelantan perlu membuat penilaian masing-masing mengenai kemampuan Pas mentadbir negeri yang kini dilihat semakin huru-hara. Katanya, keadaan yang berlaku di Kelantan itu sekali gus menunjukkan bahawa 'doa' Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengenai 'pecah perut' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini memakan dirinya sendiri.

Friday, January 8, 2010

guna rasional, buka emosional


perbincangan adalah jalan terbaik dalam menyelesaikan kemelut penggunaan kalimah' Allah'-semoga tiada antara kita yang cuba mengerat tiang, mengoyak layar dan cuba mengubah haluan kemudi-kuasa asing sedang cuba mengganggu gugat perpaduan kita yg selama ini menjadi aset besar dalam memacu negara-

Saturday, January 2, 2010


..nampaknya PRU 13 nanti-YB Nash kena cari tempat lain doh utk bertanding-balik ke negeri sendirilah-mane tahu untung sabut timbul-untung batu tenggelam dok leh masuk parlimen-cuma kalu Arif menang-memang awak-awak PAS pun suka pada kroni dan politik anak beranak nih!!!!selamat mencari kawasan baru YB Nash....

Friday, January 1, 2010

'menantuku sayang'

-Jangan cuba mengganggu gugat menantu kawe-nanti demo dok leh tanding dalam PRU 13 di Kelate....

Bangkit Lebih AMPUH-PM


KUALA LUMPUR 31 Dis. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap Malaysia akan bangkit lebih ampuh dengan pertumbuhan positif dalam tahun 2010.
Beliau juga berharap agar kadar defisit fiskal kerajaan berkurangan daripada 7.4 peratus kepada 5.6 peratus tahun depan.
“Sungguhpun begitu, matlamat jangka panjang kita bukan semata-mata untuk pulih daripada krisis, tetapi yang lebih penting ialah mengambil peluang ini untuk meletakkan asas-asas kukuh bagi kemakmuran dan masa depan negara dengan pembaharuan berterusan,” katanya dalam perutusan sempena tahun baru 2010 yang disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini malam ini.
Beliau berkata, adalah menjadi suatu imperatif kepada kemakmuran masa depan untuk Malaysia meningkat dalam rantaian nilai ekonomi global.

Friday, December 18, 2009

salam Maal Hijrah

Setiu, Terengganu- Semoga semangat Maal Hijrah mampu merubah minda anak-anak Malaysia supaya tahu menjaga keamanan, kestabilan serta keharmonian kaum yg sangat penting kepada kemajuan negara- Semoga generasi baru tidak terpengaruh dengan janji-janji kosong serta fatwa-fatwa yg karut marut oleh pemimpin-pemimpin yg hanya tahu mempertahankan idealogi mereka drp memberitahu perkara sebenar kepada rakyat

Tuesday, December 1, 2009

nik aziz sudah nyanyuk!

apa sudah jadi dengan Nik Abdul Aziz-sanggup dia berdoa untuk kemusnahan orang lain-ingatlah dia bukan Nabi dan Rasul-dia hanya hamba Allah seperti orang lain-bacalah sejarah-manusia yg sombong, takbur dan riak kemana mereka akhirnya.....semoga Allah melindungi YAB Dato Seri Mohd Najib dari segala musibah

Thursday, October 29, 2009

TOLAK pAKATAN Haram pru 13

-nampaknya sudah keterlaluan Nizar dan geng-gengnya mengganggu gugat kesejehteraan rakyat Malaysia-semoga semangat rakyat akan menolak mereka dalam PRU 13 nanti- Hidup BN! -BN untuk semua rakyat Malaysia- bersatulah demi keamanan dan kesejahteraan negara

Wednesday, October 28, 2009

Selamat Berjuang kepada Pemuda-demi sebuah kemenangan dan mengekalkan pemerintahan di Terengganu-Pemuda UMNO Setiu tidak bvoleh berpeluk tubuh-kita mesti menjadi Juara Rakyat dalam apa jua isu demi merasai kepayahan dan keperitan hidup rakyat-PRU 13-MILIK umno

Tuesday, October 27, 2009

'pantun kepada PAS

WAU-WAU BULAN
WAU BULAN TERAJU TIGA
MARI PAKAT UNDI BULAN
UNDI BULAN MASUK SYURGA

WAU-WAU BULAN
WAU BULAN CEROH PUTIH
JIKA DULU SEMUA HARAM
NAMUN SEKARANG,SEMUA BOLEH

Sunday, October 25, 2009

BUAT EGM! Jangan Lawan Tok GURU

Janganlah ade di kalangan kita yang membantah cakap Tok GURU-Barangsiapa melanggar cakap Tok GURU-alamat demam dok keboh dua minggu-Tok Guru kate nok EGM -ikut je-ni ape orang-lawan khendok Tok GURU- kAN KENE sumpahan keramat baru tahu-

Wednesday, October 21, 2009

1974-'lain-2009 bunyi lain-siapa tu!!!!!

Dulu 1974-dituduh UMNO dan para pengikutnya 'kafir' kerana bekerjasama dengan MIC dan MCA dalam pilihanraya-namun selepas puluhan tahun mengherdik, menghina dan maki hamun UMNO dan Barisan Nasional-orang yang sama,tok alim yang sama,ustaz yang sama terpaksa menelan bulat-bulat segala tuduhan yang dilemparkan-ingatlah kebesran dan kekuasaan Allah dalam menjalani hidup di dunia ini-jangan mudah menghukum sesama kita yang akhirnya kita sendiri yang tebal muka

Tuesday, October 20, 2009

BN terus menang PRU 13

Semangat ucapan dasar Presiden akan terus menyelinap ke dalam seluruh urat nadi ahli-ahli UMNO dan para pengundi Malaysia untuk terus bersama mendokong 1 Malaysia-betapa rakyat didahulukan ,pencapaian di utamakan- Hidup BN! MARILAH kita berdoa semoga kejatuhan LDP di Jepun tak akan membawa rebah kepada UMNO dan BN dalam PRU K 13 nanti.

Sunday, October 11, 2009

ISA PASTI MENANG-PAS PASTI MASUK ICU

semoga Allah memberi kemenangan kepada BN dalam usaha meneruskan kesinambungan perjuangan agama, bangsa dan negara.Kemenangan ini amat bermakna untuk survival politik BN dalam usaha meyakinkan rakyat bahawa ia tetap relevan dan sentiasa di hati rakyat Malaysia-ISA boleh dipinda tetapi tak boleh dihapuskan-semoga Tan sRI Isa mampu memberi semangat baru kepada BARISAN NASIONAL
JANGAN LUPA DURI YANG BISA
JIKA TERKENA MAKANAN IKAN
ORANG BAIK SEPERTI ISA
JATUH KE LAUT DI SOKONG IKAN

Friday, October 9, 2009

BN akan menang besar di Bagan Pinang

Isa ,akan bakal menang besar di Bagan Pinang,dengar ceritanya majoriti akan meningkat ke angka 3500 undi..wow! wow! nampaknya UMNO dan BN akan kembali mendapat 'sentuhan emasnya' sebelum berlangsung PrU 13 nanti. Nampaknya juga Barisan Pembangkang selepas iniakan bergilir-gilir akan masuk ke wad ICU untuk mendapat rawatan sakit pinggan dan mengigau di tengah malam

Thursday, October 1, 2009

Selamat Datang UMNO, selamat Jalan PAS

Selamat Bertanding Tan Sri Isa Samad-tunjukkan bahawa rakyat mahukan Isa dan ketepikan kehendak pakatan penipu rakyat yang sentiasa menipu rakyat untuk mendapatkan undi-umno MESTI bekerja keras tanpa mengira masa dan ketika-pastikan menang bergaya di Bagan Pinang

Thursday, September 3, 2009

MARI PAKAT GI 'SEMARAKKAN TEGANUN KITA'

setiu-Terengganu-Semua penduduk Setiu d jemput memeriahkan Program'Semarakkan Teganun Kita' di Kg Penarik Malam ini 3 SEP 2009 (KHAMIS) jam 10 malam bertempat di hadapan Pejabat Yb Abd Halim Jusoh, ADUN Permaisuri.Majlis dimulai dengan ketibaan YB Dato Sri Hishammudin dan Yab Dato Hj Ahmad Said pada jam 10.30 dan dan di sambut oleh semua barisan kepemimpinan UMNO Setiu yang akan diketuai oleh Yb Dato Hj Mohd Jidin dan Ketua Pemuda Yb Khazan serta para pemimpin sayap-sayap yang lain
Semua Penduduk dijemput untuk beramah mesra dengan para pemimpin negara dan negeri tanpa mengira fahaman politik-marilah sama-sama kita semarakkan program' Semarakkan Teganun Kita ' pada malam ini
..mari weh! KITE PAKAT GI RAMAI-RAMAI MALAM INI..TUNJUKKAN KITE ORANG SETIU HEBAT DAN BERSATU...ingat jam 10 malam...ingat 'Teganun Kita'...pakat makan pulut gaul nyor weh!

Wednesday, September 2, 2009

PEMIMPIN UMNO MESTI BERJIWA BESAR

UMNO kena mempunyai pemimpin yang berjiwa besar demi kelangsungan perjuangan parti,bukan setakat pandai bercakap tentang berjiwa besar tetapi kena batang hidung sendiri terus meraung tanpa memikirkan nasib parti

Thursday, August 20, 2009


Penipuan Pakatan Rakyat dibongkar: Muhyiddin
BUKIT MERTAJAM: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Barisan Nasional (BN) akan memberi fakta sejelas-jelasnya kepada pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir berhubung pembohongan dan penipuan yang dilakukan Pakatan Rakyat. Timbalan Perdana Menteri berkata, BN mempunyai banyak isu untuk dibangkitkan ketika kempen pada pilihan raya kecil berkenaan bagi membongkarkan segala penyelewengan yang dilakukan mereka. "Apa yang berlaku di Pulau Pinang, apa yang berlaku pada parti Pas dan apa yang mereka lakukan selama ini seperti pembohongan, penipuan dan mengelirukan rakyat dengan fatwa songsang.