Doa Nik Aziz makan diri sendiri’
PASIR MAS: Pertelingkahan di kalangan pemimpin Pas di negeri ini selain masalah dalaman yang melanda parti itu menunjukkan bahawa kerajaan Pas Kelantan sedang dalam keadaan bercelaru. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed, berharap rakyat Kelantan perlu membuat penilaian masing-masing mengenai kemampuan Pas mentadbir negeri yang kini dilihat semakin huru-hara. Katanya, keadaan yang berlaku di Kelantan itu sekali gus menunjukkan bahawa 'doa' Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengenai 'pecah perut' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini memakan dirinya sendiri.