Friday, January 1, 2010

Bangkit Lebih AMPUH-PM


KUALA LUMPUR 31 Dis. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap Malaysia akan bangkit lebih ampuh dengan pertumbuhan positif dalam tahun 2010.
Beliau juga berharap agar kadar defisit fiskal kerajaan berkurangan daripada 7.4 peratus kepada 5.6 peratus tahun depan.
“Sungguhpun begitu, matlamat jangka panjang kita bukan semata-mata untuk pulih daripada krisis, tetapi yang lebih penting ialah mengambil peluang ini untuk meletakkan asas-asas kukuh bagi kemakmuran dan masa depan negara dengan pembaharuan berterusan,” katanya dalam perutusan sempena tahun baru 2010 yang disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini malam ini.
Beliau berkata, adalah menjadi suatu imperatif kepada kemakmuran masa depan untuk Malaysia meningkat dalam rantaian nilai ekonomi global.

3 comments:

Anonymous said...

cuma rakyat yg degil sahaja, mendoakan kerosakan Malaysia

Anonymous said...

pemimpin yg penting diri akan rosakkan kebajikan rakyat

Anonymous said...

arap-arap puak2 pemvangkang, jangn huru harakan negara