Wednesday, July 29, 2009
UMNO DI HATI RAKYAT
Thursday, June 25, 2009
KOTA BHARU 24 Jun - Ketiadaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa yang dikaitkan dengan idea kerajaan perpaduan untuk berkempen pada Pilihan Raya Kecil Manek Urai 14 Julai ini menimbulkan tanda tanya.
Kedua-duanya bukan sahaja tidak muncul malah tidak ada sebarang poster mereka digantung di sekitar kawasan berkenaan.
Pada masa yang sama, timbul cakap-cakap mengatakan mereka tidak dibenarkan berkempen kerana bimbang akan menjejaskan undi Pas.
Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Harun menjelaskan, ia sebahagian daripada strategi kempen parti itu pada pilihan raya kecil kawasan berkenaan.
"Perancangan agar poster kedua-duanya tidak dinaikkan, tidak ada kena mengena dengan isu kerajaan perpaduan baru-baru ini. Ia semata-mata strategi pilihan raya.
Thursday, June 18, 2009

Timbalan Presiden Pas disaran sertai Umno jika sokong kerajaan perpaduan
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, lebih baik Nasharuddin menyertai Umno kerana tindak-tanduknya mencetuskan kecelaruan dalam parti.
"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (berbincang dengan Umno), lebih baik dia masuk Umno. Terus terang saya sebut, lebih baik masuk Umno dan letak jawatan timbalan dan di Bachok. Apa buat sampah ni, menyusahkan orang.
"Dia tak tahu susahnya orang dari dalam dan luar Kelantan telefon dan berjumpa saya, menangis (kerana tak setuju dengan kerajaan perpaduan). Dia masuk Umno senang daripada duduk bertenggek dalam Pas...tak boleh dan tak ada moral kita panggil tu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco negeri di sini, semalam. Nik Abdul Aziz mengulas kenyataan Nasharuddin kelmarin, yang menyifatkan respon Datuk Seri Najib Razak berhubung cadangan penubuhan kerajaan perpaduan sebagai serius dan akan memaklumkannya kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini berada di luar negara.
Perdana Menteri sebelum itu berkata, beliau melihat Pas ikhlas untuk berbincang mengenai penubuhan kerajaan perpaduan yang dicetuskan Abdul Hadi dan Umno tidak pernah menolak sebarang kerjasama yang boleh memberi kebaikan kepada negara.
Nik Abdul Aziz semalam bagaimanapun mengulangi kenyataannya bahawa idea kerajaan perpaduan tidak sepatutnya ditimbulkan kerana ia tiada dalam agenda rasmi Pas serta tidak dibawa ke meja perbincangan dalam Pakatan Rakyat.
"Saya ulangi kenyataan saya sebelum ini, isu perpaduan bukan datang dari Pas tetapi lontaran peribadi pihak tertentu. Kalau Perdana Menteri sebut dari Pas, itu tak betul kerana ia tak ada dalam agenda mesyuarat Pas dan Pakatan Rakyat, itu bukan pendirian rasmi Pas," katanya.
Beliau berkata, cadangan penubuhan kerajaan perpaduan boleh diperhalusi jika perkara itu dibincangkan dan mendapat persetujuan Pas serta parti lain dalam Pakatan Rakyat.
"Bawa benda ini dalam mesyuarat parti dan Pakatan Rakyat. Kalau Pas dan Pakatan setuju, itu lainlah masalahnya, tetapi perkara ini tak dibincangkan. Jadi mana boleh nak besarkan benda ni. Sebab itu saya kata kerja ini boneka Umno.
"Kalau semua setuju, Pas setuju, Pakatan setuju, maka semua akan jadi anggota kerajaan, orang DAP jadi menteri, orang Pas jadi menteri, PKR dan Umno jadi menteri, barulah benar-benar perpaduan. Tetapi sekarang ini bukan perpaduan, ini perpecahan," katanya.
Nik Aziz mendakwa, tindak-tanduk segelintir pihak dalam Pas yang menyokong idea berkenaan menyebabkan parti itu sudah masuk perangkap Umno sehingga berdepan kecelaruan dan menjadikan hubungan dalam pakatan pembangkang semakin kalut.
"Umno sekarang tengah berpesta kerana Pas sudah masuk perangkap. Pas sama Pas kalut, Pas dengan Pakatan Rakyat kalut, jadi bercelaru," katanya.
Monday, May 25, 2009
Kuala Terengganu- BN akanmeletakkan calonnya di Manek Urai dalam Pilihanraya Kecil selepas kematian penyandangnya.Semoga semangat BN BOLEH akan terus bergema diDun Manek Urai demi menjana semula sokongan rakyat selepas kekalahan demi kekalahan menjadi igauan buruk BN dalam pilihanraya kecil
Tuesday, May 19, 2009
Tiada calon di Penanti
KUALA LUMPUR 18 Mei – Barisan Nasional (BN) memutuskan tidak akan meletakkan calonnya pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti 31 Mei ini kerana ‘ia hanyalah satu permainan politik pembangkang’.
Keputusan itu dicapai sebulat suara pada Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang berlangsung kira-kira dua jam di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Ia dipengerusikan oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dihadiri timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta sebahagian besar ketua parti-parti komponen BN.
Najib pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu menegaskan, keputusan tersebut diambil kerana pilihan raya berkenaan hanyalah satu permainan politik pembangkang dan bukan disebabkan keperluan mengikut kehendak Perlembagaan Persekutuan.
“Kekosongan ini disebabkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) nak selesaikan masalah dalaman mereka. Ia satu permainan politik pembangkang dan tidak ada kena mengena dengan peruntukan Perlembagaan.
“Oleh kerana BN lebih utamakan khidmat kepada rakyat dan usaha-usaha memulihkan ekonomi negara, maka kita memutuskan tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil DUN Penanti,’’ katanya.
Pilihan raya kecil DUN Penanti diadakan berikutan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin dari PKR meletakkan jawatan sebagai ADUN pada 16 April lalu atas alasan mahu menyambung pelajaran.
Namun pada masa sama ramai pemerhati politik melihat tindakan itu diambil kerana wujudnya pelbagai bentuk desakan dalaman daripada PKR termasuk laporan salah laku ke atas Fairus.
PKR telah mengumumkan Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Dr. Mansor Othman, 56, sebagai calon parti itu. Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56, turut menyatakan hasrat untuk bertanding atas tiket Bebas.
Selain Penanti, kerusi Parlimen Permatang Pauh dan DUN Bukit Selambau, Kedah sebelum ini turut ‘dikosongkan’ secara sengaja.
Di Permatang Pauh, penyandangnya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi itu bagi memberi laluan kepada suaminya yang juga Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggantikan beliau.
Di Bukit Selambau pula, penyandangnya, V. Arumugam dari PKR meletakkan jawatan berikutan masalah peribadi yang dihadapinya.
Dalam pada itu, Najib berkata, keputusan BN untuk tidak meletakkan calon menunjukkan mesej jelas bahawa parti tersebut tidak akan menari mengikut rentak pihak lain.
Mengenai soal persepsi di sebalik keputusan itu, Najib berkata: “Itu terpulanglah tetapi hakikat sebenarnya kita tak mahu terjerumus dalam permainan politik parti pembangkang.
“Sebab kalau kita ini (terjerumus permainan politik pembangkang), lepas dua tiga bulan dia akan minta kawasan lain pula dikosongkan.’’
Najib pada masa sama percaya penyokong UMNO dan BN khususnya di Penanti akan dapat memahami keputusan itu kerana kepentingan parti secara keseluruhannya adalah lebih besar.
Lagi pun, kata beliau, UMNO dan BN akan tetap terus berkhidmat kepada para pengundi di kawasan DUN Penanti dan Parlimen Permatang Pauh.
“Saya percaya mereka tidak (akan kecewa) kerana ini bukan satu pilihan raya kecil yang perlu dilakukan mengikut Perlembagaan,’’ jelasnya.
Ditanya sama ada keputusan untuk tidak meletakkan calon kerana didorong rasa takut akan kekalahan seperti dialami BN pada pilihan raya kecil sebelum ini, Najib berkata, ia bukan sebabnya.
“Tak ada. Bukan sebabnya. Tak timbul kerana macam mana pun kita akan hadapi rakyat masa pilihan raya umum nanti. Sampai masanya kita akan berdepan dengan rakyat seperti biasa.’’ katanya.
Menurut Najib, tindakan untuk tidak meletakkan calon juga bukan pertama kali dilakukan BN sebaliknya pernah sekali dilakukan lama dahulu.
Pada tahun 1975, BN tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Menglembu selepas Ahli Parlimennya, Fan Yew Teng dari DAP disabit dengan kesalahan berkaitan Akta Hasutan.
Mengenai tindakan susulan UMNO dan BN selepas ini sama ada mahu menyeru penyokongnya di DUN Penanti memulaukan pilihan raya kecil 31 Mei ini, Perdana Menteri berkata: “Tak ada apa-apa lah.
| |
Monday, May 18, 2009
Thursday, April 30, 2009
Pihak Berkuasa Mesti Tegas-Jangan Jadikan Malaysia Pusat Seludup Manusia
BOT membawa 37 rakyat asing ditahan di perairan Kuala Langat, Selangor, Sabtu lalu. |
Bot bawa 37 rakyat asing ke Australia ditahan polis Afghan, Pakistan dan Iraq ditahan asing ditahan
Malah, pihak berkuasa kini turut menyiasat kemungkinan tragedi bot karam yang mengorbankan sembilan orang, termasuk enam sekeluarga dari Pakistan di perairan Teluk Ramunia, Johor, kelmarin, mempunyai kaitan dengan sindiket itu.
Dalam kes penahanan 37 rakyat asing itu, pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan mereka mahu menuju ke Indonesia sebelum meneruskan perjalanan ke Australia, dengan bantuan sindiket didalangi rakyat tempatan dan asing, untuk bekerja atau mendapatkan suaka politik di sana.


