7 Disember, Kuala Terengganu- Calon yang akan dipilih mewakili BN dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu adalah daripada pemimpin parti.Demikianlah kata Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Ybhg Dato' Dr Rosli Mat Hasan.Beliau berpendapat demikian suapaya BN dapat mengelakkan kemalangan politik yang kerap berlaku dalam BN sekiranya calon Payung Terjun dipilih dalam pilihanraya
BN tidak boleh mengambil mudah dalam setiap kali Pilihanraya dengan mengemukakan calon yang tidak mendokong aspirasi parti dari bawah.Memang dahulu rakyat boleh dimomokkan dengan calon'Payung Terjun" dan mereka boleh menerima calon berkenaan dengan hati terbuka. Namun para pengundi sekarang telah berubah dan mereka sukar menerima calon-calon yang tidak mendokong aspirasi parti dari bawah
semoga umno Pusat membuat keputusan yang bijak memilih calon yang berwawasan mewakili suara akar umbi UMNO dan BN dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu untuk bergelut, bertempur dan berperang dengan PARTI PENIPU RAKYAT (pas, Keadilan, DAP), supaya aib malu BN di Permatang Pauh dapat ditebus di Parlimen Kuala Terengganu.
No comments:
Post a Comment