Tuesday, December 2, 2008

PAKATAN RAKYAT,MINYAK NAIK BISING,MINYAK TURUN SENYAP

4 DISEMBER 2008..Kerajaan yg bertanggungjawab bukan sahaja pandai bercakap tetapi mampu membawa rakyat ke arah kesejahteraan. Itulah ucapan terima kasih rakyat kepada Barisan Nasional yg sentiasa meletakkan kepentingan rakyat mengatasi segala-galanya.Selepas harga minyak dunia menunjukkan penurunan ,maka kerajaan BARISAN NASIONAL telah menunaikan janji-janjinya terdahulu bhw,jika harga minyak dunia turun, maka kerajaan akan menurunkan harga bahan bakar tersebut
Namun sikap sombong ,takabur dan suka memperlekeh kebolehan org lain telah mendorong Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Anwar Ibrahim dan teman-teman sewaktu dengannya telah menghasut rakyat supaya menentang kerajaan atas alasan gagal membendung kenaikan harga minyak pada masa itu. Rakyat terus diheret dalam masalah berkenaan, bermacam-macam gelaran diberikan kepada pemimpin UMNO dan Barisan Nasional oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Rakyat terus diperbodohkan, kononnya ,kerajaan rasuah,pemimpin bolot harta menyebabkan harga minyak melambung, heboh di dendangkan seluruh negara, mengapa hatga minyak di malaysia mahal sedangkan kita pengeluar minyak dunia.Macam-macam tomahan dilemparkan kepada kerajaan pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Seluruh negara di aur-aurkan bahawa Pakatan Rakyat akan dapat menurunkan harga minyak jika memerintah. Nah , sekarang terbukti sudah, kata-kata jujur pemimpin UMNO dan Barisan Nasional, bahawa harga minyak di negara kita ,bukan ditentukan oleh kita, tetapi ditentukan oleh pasaran dunia. Jika harga minyak dunia naik, minyak kita naik, jika harga minyak dunia turun, kita akan turunkan hargnya sangat bertepatan sekali.
Yang hairannya apabila harga minyak naik, riuh se Malysia, pembangkang mengadakan ceramah, hasut rakyat,hina pemimpin kerajaan, tetapi apabila harga minyak turun,mereka diam seribu bahasa, agaknya pemimpin pembangkang sekarang sudah dlanda sidrom bisu apabila rakyat sebanyak sedikit sedang merasai nikmat kemakmuran dan mereka bimbang situasi ini tidak memihak kepada mereka.
Pembangkang kebih suka,harga minyak terus-terusan naik,biar kekacauan berlaku, biar rakyat hidup tertekan supaya mudah mereka membangkitkan emosi rakyat untuk membenci pemimpin.Mudah-mudahan Alllah mencampakkan kesedaran kepada semua pemimpin Islam dalam Pakatan Pembangkang supaya menghargai dan berterima kasih kepada anugerah Allah ke atas Malaysia tercinta.

1 comment:

toksetiu said...

semoga rakyat sedar tipu helah Pakatan Rakyat yg dipimpin Master Penipu BESAR Anwar al Liwati