Friday, January 30, 2009

'yb Wahid Endut Sedang TENSION'

..''.BAKPE DOK SENYUM LANGSUNG TU...KE DUK MIKIR NOK GI TIDUR DI PARLIMEN''''' Selepas menang kerusi Parlimen Kuala Terengganu, rakyat mengharapkan anta beri khidmat terbaik kepada rakyat..cukuplah anta pergi demontrasi yang tak tahu ke hulu hala tu..anta jangan tension sheikh...senyumlah sikit dan beri khidmat terbaik kepada rakyat...jika selama ini hanya pandai menyalahkan wakil rakyat BN..... NAH SEKARANG GILIRAN ANTA ya Tuan Sheikh...dah 20 tahun jadi ADUN, hanya menang kerana krisis dalaman UMNO dan BN...DAN menang pada 17 Januari pun kerana perkara yang sama...ingatlah Tn Sheikh ...sekali UMNO BERSATU dan BN berpadu alamat puak-puak anta akan tinggal Batu Nisan pulok di Terengganu macam tahun 1982.........suka dan berayalah dulu Tuan Sheikh...anta dah menang...jangan lagi 'LARI' BILA RAKYAT NOK G jumpa semasa ' HARI RAYA'...(oRG pulau Rusa kata enta selalu tak dok dumoh bila Raya

'TANZIMAT' DALAM UMNO

'ALHAMDULILLAH...UMNO memulakan langkah kanan Menangani Tuntutan perubahan dengan melancarkan keahlian secara on line....semoga tiada lagi rintihan generasi muda begitu sukar untuk menjadi ahli UMNO di kampung-kampung dan cawangan kerana pemimpin setempat begitu 'GERUN dan TAKUT' tempat mereka akan diambil alih oleh generasi muda....kepada generasi muda...hormat ilah yg tua..'........'''' semoga ALLAH melindungi UMNO daripada segala petaka dan unggul memimpin MALAYSIA.....
Pendaftaran keahlian UMNO secara Online
ABDULLAH Ahmad Badawi, Najib Tun Razak dan Tengku Adnan Tengku Mansor menyentuh bebola kaca sebagai simbolik pelancaran Pendaftaran Ahli UMNO Online di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/AHMAD ZAKI JILAN
KUALA LUMPUR 29 Jan. - Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malam ini melancarkan sistem pendaftaran keahlian parti secara online di lobi Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Menerusi kaedah tersebut, permohonan menjadi ahli UMNO boleh dibuat menerusi laman web www. daftar.umno.org.my.


Majlis pelancaran dilakukan pada kira-kira pukul 8.30 malam iaitu sejurus sebelum berlangsungnya mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti di menara berkenaan.
Turut hadir Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak; Naib-naib Presiden parti iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd. Ali Rustam serta ahli-ahli MT.
Individu yang ingin mendaftar keahlian dikehendaki menaip nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat, telefon dan e-mel, negeri, bahagian dan cawangan yang ingin disertai.
Syarat untuk membuat pendaftaran ialah warganegara Malaysia dan kaum Melayu atau bumiputera.
Individu berkenaan juga dikehendaki membuat pengakuan untuk patuh kepada Perlembagaan, peraturan dan segala dasar parti.

JASA PAS DI TERENGGANU

KITA MINTA TEMAN-TEMAN DALAM PAS KOMEN TENTANG SIKAP PENGIKUT PAS YANG TAK BERIMAMKAN ORANG LAIN SELAIN DARIPADA PUAK PAS...APAKAH INI AJARAN ISLAM ATAU IA AJARAN PAS....FIKIRKANLAH....

Wednesday, January 28, 2009

'Pandangan Ikhlas Seorang Pemimpin"


'Renunglah baik-baik pandangan ini wahai semua PEMIMPIN UMNO'....Jangan hanya menang Jawatan Parti tapi ...Parti kalah dalam Pilihanraya......




'Berkompromi elak pertandingan bukan mustahil' - Hishamuddin
28/01/2009 9:33pm
KUALA LUMPUR 28 Jan. —
Cadangan Umno Bahagian Besut agar calon bagi jawatan Timbalan dan Naib Presiden Umno berkompromi bagi mengelak pertandingan adalah tidak mustahil dilakukan, kata Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata perkara itu tidak mustahil dilakukan kerana sememangnya menjadi amalan dan cara Umno untuk mengambil kira pelbagai pertimbangan dalam menentukan kepimpinan bukan sahaja dalam Umno atau Barisan Nasional tetapi secara keseluruhannya.

“Apa yang boleh dibincangkan, kita boleh bincang dan apa yang perlu diagih-agihkan tugas selepas Mac kita boleh agihkan sekarang. Saya yakin terdapat banyak tugas dan tuntutan yang perlu dipikul oleh kita secara bersama dan perkara itu perlu dilakukan demi masa depan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Hishammuddin kini berada di Mekah bagi menunaikan umrah.

Katanya, di peringkat bahagian telah melalui proses pencalonan dan perkara itu telah berlangsung dalam suasana kekeluargaan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Umno Bahagian Besut semalam supaya calon Timbalan Presiden dan Naib Presiden yang akan bertanding pada pemilihan parti Mac ini berkompromi dan memberi keutamaan kepada mereka yang mampu meningkatkan kekuatan parti.

Mengenai cadangan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail agar Umno menyusun semula struktur organisasinya dengan memansuhkan sayap-sayap parti, jika ia benar-benar serius hendak menghapuskan gejala politik wang, Hishammuddin berkata cadangan itu tidak sesuai dan tidak munasabah untuk dilaksanakan.

“Saya cukup menghormati beliau selaku tokoh yang berpengalaman, namun dengan penuh rasa rendah diri saya berpendapat cadangan itu tidak sesuai. Jika perkara seumpama itu berlaku, ia menggambarkan seolah-olah kita sedang berhadapan dengan tekanan yang berat.

“Anggota parti mewarisi sayap itu daripada generasi sebelumnya. Pelbagai peranan telah dimainkan secara berkesan selama ini oleh sayap parti dan kita melihat perkembangan struktur organisasi berlaku dengan baik,” katanya.

Katanya Tengku Ahmad Rithaudeen mungkin mempunyai pandangan dan hujah tersendiri berhubung hal ini, bagaimanapun untuk menangani isu-isu tertentu sememangnya tiada jalan singkat. — BERNAMA

Tuesday, January 27, 2009

'KAPAL SELAM MALAYSIA'LAMBANG KEJAYAAN BN'



'BEGINILAH hebatnya Malaysia di bawah pemerintahan BARISAN NASIONAL YANG BEGITU BERSUNGGUH-SUNGGUH mempermodenkan pertahanan negara daripada anasir-anasir luar yang sentiasa cemburu dengan MALAYSIA'...APAKAH INI MAHU DI NAFIKAN JUGA OLEH PARA PEMBANGKANG TANPA FAEDAH ITU???????????
Pada tahun 2002, Malaysia telah menandatangani persetujuan bernilai empat billion Ringgit dengan syarikat perkapalan Izar dan DCN International untuk membeli 3 buah kapal selam buatan Perancis. Dua daripadanya adalah kapal selam jenis Scorpene yang baru dan sebuah kapal selam terpakai Tentera Laut Perancis jenis Agosta 70 untuk latihan. Ini menjadikan Malaysia negara ke tiga daripada anggota ASEAN yang mempunyai kapal selam. Untuk mengetahui serba sedikit mengenai kapal selam ini sila teruskan bacaan anda.Mempunyai kapal selam sendiri telah menjadi keutamaan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) sejak 20 tahun dahulu. Sebagai sebuah negara 'maritim' adalah bijak bagi negara ini untuk mempunyai kapal selam sendiri. Dengan adanya kapal selam ini, peranan TLDM dalam mempertahankan negara akan menjadi lebih lengkap dan disegani musuh.Walaupun kos pelaburan untuk kapal selam atau kapal perang biasa adalah lebih kurang sama, kajian mendapati kos operasi melalui jangka hayat bagi kapal selam bukan nuklear adalah lebih murah. Ini menguntungkan pihak TLDM yang mempunyai peruntukkan operasi yang kecil tetapi mempunyai kawasan lautan yang luas untuk dikawal. Suatu lagi faktor semulajadi yang penting ialah berkenaan keadaan air laut di negara kita yang mana mempunyai kesan terhadap penyebaran bunyi. Ini sama sekali menyukarkan pengesanan kapal selam.Kapal selam mempunyai banyak kelebihan, jika dibandingkan dengan kapal-kapal perang di permukaan air. Kehadirannya merisaukan pihak musuh dan ia lebih berbahaya dan mengancam keselamatan musuh. Kemampuannya beroperasi di bawah permukaan air menyukarkan proses pengesanan. Pihak musuh juga perlu menghabiskan lebih banyak sumber dan tenaga semata-mata untuk mengesan kapal-kapal selam ini.ScorpeneKontrak pembekalan dua buah kapal selam Scorpene dengan sokongan logistik dan latihan antara Kerajaan Malaysia dan pihak pembekal telah bermula pada hujung tahun 2002. Tanpa sebarang halangan, kapal selam ini dijangka memulakan perkhidmatannya pada tahun 2007 dan 2008. Kapal selam kelas Scorpene ini dilengkapi dengan teknologi terkini mencerminkan generasi terbaru, kapal selam penyerang buatan Perancis.Ia dibina untuk menjalani misi yang merangkumi dari misi anti kapal selam dan anti peperangan permukaan hinggalah ke misi operasi khas dan pengumpulan risikan. Dengan dilengkapi dengan sistem integrasi peperangan penuh (fully integrated combat system), kapal selam ini mampu melancarkan peluru berpandu anti kapal permukaan, torpedo berat jenis Black Shark, dan periuk api.SpesifikasiAnak kapal - 32 orangDimensi:Panjang Keseluruhan - 66.4 mDiameter - 6.2 m'Draught' - 5.4 mBerat Permukaan - 1550 tBerat Menyelam - 1700 tKemampuan:Janakuasa – 4 generator berkuasa dieselKedalaman Maksimum - 350 mKelajuan Di Permukaan - 12 knotsKelajuan Selaman - 20 knotsKetahanan - 45 hariPelancar - 6 tiub untuk 18 torpedo / peluru berpandu 21 inciTekanan - melebihi 700 MegapascalSecara ringkasnya, tahap keselamatan negara kita dapat ditingkatkan dengan pemilikan armada kapal selam ini. Ianya bukan sahaja memenuhi permintaan untuk keselamatan ruangan lautan kita malah dapat melipat gandakan kemampuan pertahanan negara ini. Dengan angkatan laut yang kecil, pemilikan kapal selam ini dapat meningkatkan kualiti angkatan laut kita supaya ianya dapat diseimbangkan dengan cabang lain dalam angkatan bersenjata negara kita.
...sama-samalah kita doakan semga ALLAH melindungi Malaysia daripada di ganggu-gugat oleh mereka yang hanya tahu mencari kesalahan orang lain tetapi gagal apabila diberi amanah......

YB Ustaz Khazan menjelaskan peminjaman istilah bahasa Inggeris daripada Arab

YB Ustaz Khazan menerangkan Islam itu mudah dan tidak membebankan umatnya