'BEGINILAH hebatnya Malaysia di bawah pemerintahan BARISAN NASIONAL YANG BEGITU BERSUNGGUH-SUNGGUH mempermodenkan pertahanan negara daripada anasir-anasir luar yang sentiasa cemburu dengan MALAYSIA'...APAKAH INI MAHU DI NAFIKAN JUGA OLEH PARA PEMBANGKANG TANPA FAEDAH ITU???????????
Pada tahun 2002, Malaysia telah menandatangani persetujuan bernilai empat billion Ringgit dengan syarikat perkapalan Izar dan DCN International untuk membeli 3 buah kapal selam buatan Perancis. Dua daripadanya adalah kapal selam jenis Scorpene yang baru dan sebuah kapal selam terpakai Tentera Laut Perancis jenis Agosta 70 untuk latihan. Ini menjadikan Malaysia negara ke tiga daripada anggota ASEAN yang mempunyai kapal selam. Untuk mengetahui serba sedikit mengenai kapal selam ini sila teruskan bacaan anda.Mempunyai kapal selam sendiri telah menjadi keutamaan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) sejak 20 tahun dahulu. Sebagai sebuah negara 'maritim' adalah bijak bagi negara ini untuk mempunyai kapal selam sendiri. Dengan adanya kapal selam ini, peranan TLDM dalam mempertahankan negara akan menjadi lebih lengkap dan disegani musuh.Walaupun kos pelaburan untuk kapal selam atau kapal perang biasa adalah lebih kurang sama, kajian mendapati kos operasi melalui jangka hayat bagi kapal selam bukan nuklear adalah lebih murah. Ini menguntungkan pihak TLDM yang mempunyai peruntukkan operasi yang kecil tetapi mempunyai kawasan lautan yang luas untuk dikawal. Suatu lagi faktor semulajadi yang penting ialah berkenaan keadaan air laut di negara kita yang mana mempunyai kesan terhadap penyebaran bunyi. Ini sama sekali menyukarkan pengesanan kapal selam.Kapal selam mempunyai banyak kelebihan, jika dibandingkan dengan kapal-kapal perang di permukaan air. Kehadirannya merisaukan pihak musuh dan ia lebih berbahaya dan mengancam keselamatan musuh. Kemampuannya beroperasi di bawah permukaan air menyukarkan proses pengesanan. Pihak musuh juga perlu menghabiskan lebih banyak sumber dan tenaga semata-mata untuk mengesan kapal-kapal selam ini.ScorpeneKontrak pembekalan dua buah kapal selam Scorpene dengan sokongan logistik dan latihan antara Kerajaan Malaysia dan pihak pembekal telah bermula pada hujung tahun 2002. Tanpa sebarang halangan, kapal selam ini dijangka memulakan perkhidmatannya pada tahun 2007 dan 2008. Kapal selam kelas Scorpene ini dilengkapi dengan teknologi terkini mencerminkan generasi terbaru, kapal selam penyerang buatan Perancis.Ia dibina untuk menjalani misi yang merangkumi dari misi anti kapal selam dan anti peperangan permukaan hinggalah ke misi operasi khas dan pengumpulan risikan. Dengan dilengkapi dengan sistem integrasi peperangan penuh (fully integrated combat system), kapal selam ini mampu melancarkan peluru berpandu anti kapal permukaan, torpedo berat jenis Black Shark, dan periuk api.SpesifikasiAnak kapal - 32 orangDimensi:Panjang Keseluruhan - 66.4 mDiameter - 6.2 m'Draught' - 5.4 mBerat Permukaan - 1550 tBerat Menyelam - 1700 tKemampuan:Janakuasa – 4 generator berkuasa dieselKedalaman Maksimum - 350 mKelajuan Di Permukaan - 12 knotsKelajuan Selaman - 20 knotsKetahanan - 45 hariPelancar - 6 tiub untuk 18 torpedo / peluru berpandu 21 inciTekanan - melebihi 700 MegapascalSecara ringkasnya, tahap keselamatan negara kita dapat ditingkatkan dengan pemilikan armada kapal selam ini. Ianya bukan sahaja memenuhi permintaan untuk keselamatan ruangan lautan kita malah dapat melipat gandakan kemampuan pertahanan negara ini. Dengan angkatan laut yang kecil, pemilikan kapal selam ini dapat meningkatkan kualiti angkatan laut kita supaya ianya dapat diseimbangkan dengan cabang lain dalam angkatan bersenjata negara kita.

...sama-samalah kita doakan semga ALLAH melindungi Malaysia daripada di ganggu-gugat oleh mereka yang hanya tahu mencari kesalahan orang lain tetapi gagal apabila diberi amanah......
2 comments:
SALAM TOK
TK KERANA KITA SAHABAT
memang BN hebat, cuma pemimpin pakatan rakyat yang haprak
Post a Comment