Jangan politikkan kes Kugan ( di petik Daripada UM)
KUALA LUMPUR 25 Jan. – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta semua pihak tidak menuding jari kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam isu kematian tahanan A. Kugan pada 21 Januari lalu.
Pengarah PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, sewajarnya semua pihak bersabar dan membiarkan siasatan kes tersebut dijalankan seperti biasa sehingga selesai.
Beliau turut meminta pihak-pihak tertentu supaya berhati-hati mengeluarkan kenyataan dan tidak mempolitikkan isu itu untuk kepentingan peribadi.
“Sumbangan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengekalkan keamanan dan membanteras jenayah tidak harus dipersoalkan.
“Ibarat pepatah lama, marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Ia sangat tidak adil menghukum satu organisasi jika hanya beberapa individu sahaja yang bersalah,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kugan, 22, merupakan suspek kumpulan samun dan curi kereta mewah yang direman sejak 15 Januari lalu bagi membantu siasatan.
Dia bagaimanapun disahkan mati empat hari kemudian selepas muntah-muntah pada pukul 11.30 pagi di Hospital Serdang.

' JANGAN ADA PIHAK YANG CUBA MENGADU DOMBA, ADU KEKUATAN UNTUK MERUNTUHKAN APA YANG TELAH TERBINA 51 TAHUN KITA HIDUP AMAN, MAKMUR DAN TENTERAM..SEMOGA SEMUA PEMIMPIN DAN RAKYAT DARIPADA MANA-MANA PARTI POLITIK SEKALIPUN BERSIKAP RASIONAL DAN TIDAK EMOSIONAL MENGENAI ISU INI...SAMA-SAMA KITA HIDUP AMAN DAN MAKMUR'
No comments:
Post a Comment