Friday, January 30, 2009

'TANZIMAT' DALAM UMNO

'ALHAMDULILLAH...UMNO memulakan langkah kanan Menangani Tuntutan perubahan dengan melancarkan keahlian secara on line....semoga tiada lagi rintihan generasi muda begitu sukar untuk menjadi ahli UMNO di kampung-kampung dan cawangan kerana pemimpin setempat begitu 'GERUN dan TAKUT' tempat mereka akan diambil alih oleh generasi muda....kepada generasi muda...hormat ilah yg tua..'........'''' semoga ALLAH melindungi UMNO daripada segala petaka dan unggul memimpin MALAYSIA.....
Pendaftaran keahlian UMNO secara Online
ABDULLAH Ahmad Badawi, Najib Tun Razak dan Tengku Adnan Tengku Mansor menyentuh bebola kaca sebagai simbolik pelancaran Pendaftaran Ahli UMNO Online di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/AHMAD ZAKI JILAN
KUALA LUMPUR 29 Jan. - Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malam ini melancarkan sistem pendaftaran keahlian parti secara online di lobi Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Menerusi kaedah tersebut, permohonan menjadi ahli UMNO boleh dibuat menerusi laman web www. daftar.umno.org.my.


Majlis pelancaran dilakukan pada kira-kira pukul 8.30 malam iaitu sejurus sebelum berlangsungnya mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti di menara berkenaan.
Turut hadir Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak; Naib-naib Presiden parti iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd. Ali Rustam serta ahli-ahli MT.
Individu yang ingin mendaftar keahlian dikehendaki menaip nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat, telefon dan e-mel, negeri, bahagian dan cawangan yang ingin disertai.
Syarat untuk membuat pendaftaran ialah warganegara Malaysia dan kaum Melayu atau bumiputera.
Individu berkenaan juga dikehendaki membuat pengakuan untuk patuh kepada Perlembagaan, peraturan dan segala dasar parti.

1 comment:

melayuangkat said...

Assalamualaikum,

Mak Cik doakan juga semuga semuanya Selamat, InsyaAllah. Ini cara yang baik dan bijak yang sepatutnya telah lama diadakan tetapi tak mengapalah.

Better late than never.