Wednesday, January 28, 2009

'Pandangan Ikhlas Seorang Pemimpin"


'Renunglah baik-baik pandangan ini wahai semua PEMIMPIN UMNO'....Jangan hanya menang Jawatan Parti tapi ...Parti kalah dalam Pilihanraya......




'Berkompromi elak pertandingan bukan mustahil' - Hishamuddin
28/01/2009 9:33pm
KUALA LUMPUR 28 Jan. —
Cadangan Umno Bahagian Besut agar calon bagi jawatan Timbalan dan Naib Presiden Umno berkompromi bagi mengelak pertandingan adalah tidak mustahil dilakukan, kata Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata perkara itu tidak mustahil dilakukan kerana sememangnya menjadi amalan dan cara Umno untuk mengambil kira pelbagai pertimbangan dalam menentukan kepimpinan bukan sahaja dalam Umno atau Barisan Nasional tetapi secara keseluruhannya.

“Apa yang boleh dibincangkan, kita boleh bincang dan apa yang perlu diagih-agihkan tugas selepas Mac kita boleh agihkan sekarang. Saya yakin terdapat banyak tugas dan tuntutan yang perlu dipikul oleh kita secara bersama dan perkara itu perlu dilakukan demi masa depan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Hishammuddin kini berada di Mekah bagi menunaikan umrah.

Katanya, di peringkat bahagian telah melalui proses pencalonan dan perkara itu telah berlangsung dalam suasana kekeluargaan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Umno Bahagian Besut semalam supaya calon Timbalan Presiden dan Naib Presiden yang akan bertanding pada pemilihan parti Mac ini berkompromi dan memberi keutamaan kepada mereka yang mampu meningkatkan kekuatan parti.

Mengenai cadangan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail agar Umno menyusun semula struktur organisasinya dengan memansuhkan sayap-sayap parti, jika ia benar-benar serius hendak menghapuskan gejala politik wang, Hishammuddin berkata cadangan itu tidak sesuai dan tidak munasabah untuk dilaksanakan.

“Saya cukup menghormati beliau selaku tokoh yang berpengalaman, namun dengan penuh rasa rendah diri saya berpendapat cadangan itu tidak sesuai. Jika perkara seumpama itu berlaku, ia menggambarkan seolah-olah kita sedang berhadapan dengan tekanan yang berat.

“Anggota parti mewarisi sayap itu daripada generasi sebelumnya. Pelbagai peranan telah dimainkan secara berkesan selama ini oleh sayap parti dan kita melihat perkembangan struktur organisasi berlaku dengan baik,” katanya.

Katanya Tengku Ahmad Rithaudeen mungkin mempunyai pandangan dan hujah tersendiri berhubung hal ini, bagaimanapun untuk menangani isu-isu tertentu sememangnya tiada jalan singkat. — BERNAMA

3 comments:

Panglima Perang Cyber said...
This comment has been removed by the author.
Panglima Perang Cyber said...

salam.

terima kasih singgah di teratak hamba..

apa kata kita sama2 bela negara dengan satu pasukan ?

pasukan iaitu Blogger Pembela Negara atau BPN..

mari sertai dan kita akan semakin kuat dengan jemaah yang mantap.

Harimau-Menaip said...

Tuan,

Apa itu Tasammuh? Saya bukannya mufti..sila ajar saya.

Wallahualam.