Sunday, January 25, 2009

ADUN BOTA KELUAR BN

ADUN Bota keluar BN( Di petik daripada UTUSAN ONLINE)....
25/01/2009 4:54pm
IPOH 25 Jan. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bota, Datuk Nasaruddin Hashim hari ini mengisytiharkan keluar daripada Barisan Nasional (BN) dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Tindakan itu disahkan oleh beliau sendiri melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada wartawan Utusan Malaysia.
``Ya betul, terima kasih,'' katanya dalam SMS tersebut.
Nasharuddin sebelum ini merupakan Ahli Parlimen Parit dan bertanding kerusi DUN Bota pada pilihan raya umum lalu.
Dalam pilihan raya umum pada 8 Mac lalu, beliau menewaskan calon PKR, Usaili Alias dengan majoriti 2,068 undi selepas memperoleh 6,556 undi.
Perak kini diterajui pakatan pembangkang Pas, DAP dan PKR dengan menguasai 31 kerusi DUN manakala BN 28 kerusi.
''
......UMNO TIDAK PERLUKAN PEMIMPIN SEPERTI ADUN BOTA INI....SUDAH JADI AHLI PARLIMEN, SUDAH JADI AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI TAPI GAGAL MEMAHAMI APA MAKNA PERJUANGAN..

UMNO MESTI TERUS BERJUANG..WALAU MATI BERTONGKAT PARUH ..JANGAN MISAI JEJAK KE BUMI.''..

No comments: