Saturday, February 7, 2009

JANGAN HILANG KEWARASAN


HILANG KEWARASAN
BEBERAPA penyokong pembangkang bertindak nekad berbaring di tengah jalan sambil memegang bendera menghalang kereta peronda polis yang mengiringi kenderaan Raja Muda Perak di belakang berhampiran Istana Iskandariah, Perak, semalam. –UTUSAN/MOHD NAJIB MOHD NOR
Akibat terlalu taksub dengan dakyah kepimpinan politik, segelintir rakyat Perak semalam bertindak di luar batasan termasuk sanggup berbaring di jalan raya semata-mata mahu menghalang kenderaan yang dinaiki oleh Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.
Tindakan itu menyebabkan kenderaan baginda yang dalam perjalanan ke majlis mengangkat sumpah Menteri Besar Perak baru, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir di Balai Istiadat Istana
Iskandariah, Perak terlewat tiba pada majlis tersebut. Dipetik drp UM


..'Jangan gunakan emosi untuk selesaikan masalah, gunakan DEMOKRASI 4 tahun akan datang.....parti Pembangkang hanya tahu bangkitkan semangat rakyat MARHAIN dan bersyarah tidak mengira masa...bersyarahlah di Perak seperti PAS Terengganu bersyarah semasa memerintah Terengganu selama 4 tahun...'





Nizar nafi nak saman sultan
IPOH 6 Feb. - Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) hari ini menafikan sekeras-kerasnya laporan bahawa beliau akan memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Mohammad Nizar berkata, tidak pernah terniat langsung di hatinya untuk menyaman Sultan Azlan sebaliknya mendakwa apa yang dilaporkan itu adalah satu fitnah daripada media UMNO dan Barisan Nasional (BN).
''Saya hendak nyatakan saya menafikan sekeras-kerasnya niat untuk menyaman Tuanku. Ini satu pembohongan besar, satu fitnah daripada BN khususnya UMNO.
''Di dunia akhirat saya akan tuntut kerana tidak ada langsung dalam hati saya terniat untuk menyaman atau ambil tindakan terhadap Tuanku," katanya pada satu sidang akhbar khas di kediaman rasmi Menteri Besar di sini hari ini.
Dalam satu sidang akhbar yang dibuat oleh Karpal Singh di Kuala Lumpur, Mohammad Nizar dilaporkan akan memfailkan saman terhadap Sultan Perak di Mahkamah Tinggi Ipoh pada Selasa ini kerana mendakwa Tuanku bertindak melampaui bidang kuasanya untuk mengisytiharkan kerajaan pakatan pembangkang di negeri ini sebagai tidak sah.
Karpal berkata, di dalam saman tersebut, Sultan Perak akan dinamakan sebagai defendan pertama dan kerajaan negeri BN di negeri ini sebagai defendan kedua.
Menurut Mohammad Nizar, beliau sebenarnya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Besar yang baru mengangkat sumpah, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir yang didakwa beliau sebagai Menteri Besar tidak sah.
Katanya, saman tersebut akan difailkan melalui peguam Raja Aziz Addruse di Mahkamah Tinggi Ipoh seawal-awalnya petang ini atau selewat-lewatnya Selasa ini.
''Saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Besar haram kerana apa yg dibuat oleh BN khususnya UMNO telah merampas hak rakyat. Di petik drp UM


'baguslah jika tak jadi saman Tuanku, mohon mengadap dan pohon Ampun Duli Tuanku..kan Tuan Sheikh Orang baik lagi berpendidikan . ada IR lagi..jangan ikut nasihat mereka yang hanya menggunakan emosional..gunakan rasional Saudara.....semoga Selamat dunia akhirat

4 comments:

puteraterengganu.blogspot.com said...

sudah terhantuk nak terngadah

MisterZyl said...

salam tok setiu. itu lah demokrasi yang diperjuang oleh PR.. baring atas jalan. yang peliknya.. bila dulu kata 30 ahli parlimen nak lompat parti, bukan main excited, takde pulak timbul isu demokrasi atau tak demokrasi, tapi bila kena batang hidung sendiri, barula terhegeh-hegen sembang pasal demokrasi.

MisterZyl said...

semoga allah menunjukkan siapa yang benar siapa yang salah

http://salam-sejahtera.blogspot.com

toksetiu said...

sekarang dah nampak zal, siapa benar siapa salah, siapa lempar batu, siapa sembunyi tangan