Thursday, February 5, 2009

'PANAS!!!PANAS!!!!..BERTEMU KINI SANG HANUMAN DENGAN RAKSASA!!!!!!!!!!!



Sultan Perak sudah maklum 31 ADUN sokong BN
05/02/2009 12:02pm
IPOH 5 Feb. – Sultan Perak sudah disembah maklum mengenai majoriti mudah yang diperoleh Barisan Nasional (BN) untuk menubuhkan kerajaan baru di negeri itu.
Kesemua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN termasuk dari Bota yang kembali kepada parti itu serta tiga yang meninggalkan parti masing-masing menjadi ADUN Bebas telah memberi pengakuan menyokong kerajaan BN.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Sultan Perak menitahkan semua ADUN yang menyokong menghadap dan majlis menghadap sudahpun diatur susun dan diterima menghadap.
``Dengan ini terserahlah kepada Sultan Perak membuat keputusan selepas ini.
``Tuanku akan buat keputusan secepat mungkin. Kita akan maklumkan sebab ada proses yang perlu diikuti.
``Jadi sebelum MB baru boleh angkat sumpah, Tuanku perlu membuat keputusan sama ada membubarkan DUN atau meminta MB sekarang meletak jawatan,’’ katanya pada sidang akhbar di bangunan UMNO di sini hari ini.
Ditanya reaksi sekiranya keputusan yang akan dibuat oleh Sultan Perak tidak memihak kepada BN, Najib menjawab: ``Kita akan hormati apa jua keputusan Tuanku kerana itu hak mutlak Tuanku.’’ –


Utusan


Sultan tidak perkenan pembubaran DUN Perak
05/02/2009 3:01pm
IPOH 5 Feb. – Sultan Perak Sultan Azlan Shah memutuskan untuk tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menitahkan supaya Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin dan barisan exconya meletak jawatan berkuat kuasa serta merta.
Pejabat Sultan Perak dalam satu kenyataan hari ini berkata, baginda setelah menemui kesemua 28 anggota dewan daripada Barisan Nasional dan juga tiga anggota Bebas, baginda yakin bahawa Mohammad Nizar telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada kalangan anggota dewan.
“Sekiranya Mohammad Nizar tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK Sultan Perak titahkan Mohammad Nizar letak jawatan
05/02/2009 2:37pm
Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah menitahkan Datuk Seri MohaMmad Nizar Jamaluddin supaya meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak berkuatkuasa serta merta dan jika tidak, jawatan itu dianggap dikosongkan.(Majlis Mesyuarat Kerajaan), maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan,” kata kenyataan itu. – Bernama

1 comment:

puteraterengganu.blogspot.com said...

HANYA umno layak perintah Negara...