Friday, December 18, 2009

salam Maal Hijrah

Setiu, Terengganu- Semoga semangat Maal Hijrah mampu merubah minda anak-anak Malaysia supaya tahu menjaga keamanan, kestabilan serta keharmonian kaum yg sangat penting kepada kemajuan negara- Semoga generasi baru tidak terpengaruh dengan janji-janji kosong serta fatwa-fatwa yg karut marut oleh pemimpin-pemimpin yg hanya tahu mempertahankan idealogi mereka drp memberitahu perkara sebenar kepada rakyat

Tuesday, December 1, 2009

nik aziz sudah nyanyuk!

apa sudah jadi dengan Nik Abdul Aziz-sanggup dia berdoa untuk kemusnahan orang lain-ingatlah dia bukan Nabi dan Rasul-dia hanya hamba Allah seperti orang lain-bacalah sejarah-manusia yg sombong, takbur dan riak kemana mereka akhirnya.....semoga Allah melindungi YAB Dato Seri Mohd Najib dari segala musibah

Thursday, October 29, 2009

TOLAK pAKATAN Haram pru 13

-nampaknya sudah keterlaluan Nizar dan geng-gengnya mengganggu gugat kesejehteraan rakyat Malaysia-semoga semangat rakyat akan menolak mereka dalam PRU 13 nanti- Hidup BN! -BN untuk semua rakyat Malaysia- bersatulah demi keamanan dan kesejahteraan negara

Wednesday, October 28, 2009

Selamat Berjuang kepada Pemuda-demi sebuah kemenangan dan mengekalkan pemerintahan di Terengganu-Pemuda UMNO Setiu tidak bvoleh berpeluk tubuh-kita mesti menjadi Juara Rakyat dalam apa jua isu demi merasai kepayahan dan keperitan hidup rakyat-PRU 13-MILIK umno

Tuesday, October 27, 2009

'pantun kepada PAS

WAU-WAU BULAN
WAU BULAN TERAJU TIGA
MARI PAKAT UNDI BULAN
UNDI BULAN MASUK SYURGA

WAU-WAU BULAN
WAU BULAN CEROH PUTIH
JIKA DULU SEMUA HARAM
NAMUN SEKARANG,SEMUA BOLEH

Sunday, October 25, 2009

BUAT EGM! Jangan Lawan Tok GURU

Janganlah ade di kalangan kita yang membantah cakap Tok GURU-Barangsiapa melanggar cakap Tok GURU-alamat demam dok keboh dua minggu-Tok Guru kate nok EGM -ikut je-ni ape orang-lawan khendok Tok GURU- kAN KENE sumpahan keramat baru tahu-

Wednesday, October 21, 2009

1974-'lain-2009 bunyi lain-siapa tu!!!!!

Dulu 1974-dituduh UMNO dan para pengikutnya 'kafir' kerana bekerjasama dengan MIC dan MCA dalam pilihanraya-namun selepas puluhan tahun mengherdik, menghina dan maki hamun UMNO dan Barisan Nasional-orang yang sama,tok alim yang sama,ustaz yang sama terpaksa menelan bulat-bulat segala tuduhan yang dilemparkan-ingatlah kebesran dan kekuasaan Allah dalam menjalani hidup di dunia ini-jangan mudah menghukum sesama kita yang akhirnya kita sendiri yang tebal muka

Tuesday, October 20, 2009

BN terus menang PRU 13

Semangat ucapan dasar Presiden akan terus menyelinap ke dalam seluruh urat nadi ahli-ahli UMNO dan para pengundi Malaysia untuk terus bersama mendokong 1 Malaysia-betapa rakyat didahulukan ,pencapaian di utamakan- Hidup BN! MARILAH kita berdoa semoga kejatuhan LDP di Jepun tak akan membawa rebah kepada UMNO dan BN dalam PRU K 13 nanti.

Sunday, October 11, 2009

ISA PASTI MENANG-PAS PASTI MASUK ICU

semoga Allah memberi kemenangan kepada BN dalam usaha meneruskan kesinambungan perjuangan agama, bangsa dan negara.Kemenangan ini amat bermakna untuk survival politik BN dalam usaha meyakinkan rakyat bahawa ia tetap relevan dan sentiasa di hati rakyat Malaysia-ISA boleh dipinda tetapi tak boleh dihapuskan-semoga Tan sRI Isa mampu memberi semangat baru kepada BARISAN NASIONAL
JANGAN LUPA DURI YANG BISA
JIKA TERKENA MAKANAN IKAN
ORANG BAIK SEPERTI ISA
JATUH KE LAUT DI SOKONG IKAN

Friday, October 9, 2009

BN akan menang besar di Bagan Pinang

Isa ,akan bakal menang besar di Bagan Pinang,dengar ceritanya majoriti akan meningkat ke angka 3500 undi..wow! wow! nampaknya UMNO dan BN akan kembali mendapat 'sentuhan emasnya' sebelum berlangsung PrU 13 nanti. Nampaknya juga Barisan Pembangkang selepas iniakan bergilir-gilir akan masuk ke wad ICU untuk mendapat rawatan sakit pinggan dan mengigau di tengah malam

Thursday, October 1, 2009

Selamat Datang UMNO, selamat Jalan PAS

Selamat Bertanding Tan Sri Isa Samad-tunjukkan bahawa rakyat mahukan Isa dan ketepikan kehendak pakatan penipu rakyat yang sentiasa menipu rakyat untuk mendapatkan undi-umno MESTI bekerja keras tanpa mengira masa dan ketika-pastikan menang bergaya di Bagan Pinang

Thursday, September 3, 2009

MARI PAKAT GI 'SEMARAKKAN TEGANUN KITA'

setiu-Terengganu-Semua penduduk Setiu d jemput memeriahkan Program'Semarakkan Teganun Kita' di Kg Penarik Malam ini 3 SEP 2009 (KHAMIS) jam 10 malam bertempat di hadapan Pejabat Yb Abd Halim Jusoh, ADUN Permaisuri.Majlis dimulai dengan ketibaan YB Dato Sri Hishammudin dan Yab Dato Hj Ahmad Said pada jam 10.30 dan dan di sambut oleh semua barisan kepemimpinan UMNO Setiu yang akan diketuai oleh Yb Dato Hj Mohd Jidin dan Ketua Pemuda Yb Khazan serta para pemimpin sayap-sayap yang lain
Semua Penduduk dijemput untuk beramah mesra dengan para pemimpin negara dan negeri tanpa mengira fahaman politik-marilah sama-sama kita semarakkan program' Semarakkan Teganun Kita ' pada malam ini
..mari weh! KITE PAKAT GI RAMAI-RAMAI MALAM INI..TUNJUKKAN KITE ORANG SETIU HEBAT DAN BERSATU...ingat jam 10 malam...ingat 'Teganun Kita'...pakat makan pulut gaul nyor weh!

Wednesday, September 2, 2009

PEMIMPIN UMNO MESTI BERJIWA BESAR

UMNO kena mempunyai pemimpin yang berjiwa besar demi kelangsungan perjuangan parti,bukan setakat pandai bercakap tentang berjiwa besar tetapi kena batang hidung sendiri terus meraung tanpa memikirkan nasib parti

Thursday, August 20, 2009


Penipuan Pakatan Rakyat dibongkar: Muhyiddin
BUKIT MERTAJAM: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Barisan Nasional (BN) akan memberi fakta sejelas-jelasnya kepada pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir berhubung pembohongan dan penipuan yang dilakukan Pakatan Rakyat. Timbalan Perdana Menteri berkata, BN mempunyai banyak isu untuk dibangkitkan ketika kempen pada pilihan raya kecil berkenaan bagi membongkarkan segala penyelewengan yang dilakukan mereka. "Apa yang berlaku di Pulau Pinang, apa yang berlaku pada parti Pas dan apa yang mereka lakukan selama ini seperti pembohongan, penipuan dan mengelirukan rakyat dengan fatwa songsang.

Wednesday, August 19, 2009

Syurga, Neraka BUKAN milik Nik Aziz

Setiu-Para pengundi d Permatang Pasir diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan kata-kata soong NikAziz yang menjanjikan syurga kepada yang menyokong Pas. Sesungguhnya soal syurga dan neraka adalah 'hak Yang Maha Pencipta', malah Nik Aziz sendiri belum tentu tempatnya ke syurga-DALAM sejarah Islam menyebut terdapat 10 sahabat sahaja yang dijamin ke syurga dan tidak terdapat pun nama Nik Aziz- semoga Allah memelihara kita daripada melakukan perkara yang kita sendiri tidak pasti.

Tuesday, August 4, 2009

TANGKAP PETUALANG NEGARA!!!!!

Setiu,Terengganu-Kerajaan digesa supaya bertindak menangkap pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada 'protes ISA' baru-baru ini. Masih ramai rakyat yang perlukan keamanan dan kedamaian daripada hanya 5,000 orang yang ditipu dan diperbodohkan oleh pemimpin yang hanya tahu mencari salah orang lain tetapi gagal menjalankan amanah apabila diberi tanggungjawab.
Apa pembaharuan Hadi Awang semasa memimpin Terengganu 1999-2004,apa sumbangan DAP ,Parti Kit Siang di Pulau Pinang bersama Anwar Ibrahim yang sentiasa menganggap dirinya hebat mengatasi orang lain.
Patuhilah undang-undang dan kepada pihak berkuasa, jangan sesekali takut untuk menguatkuasakan undang-undang negara.Sesungguhnya keamanan, kestabilan,keharmonian rakyat adalah lebih tinggi nilainya daripada protes jalanan yang tidak tahu asal usul dan melanggar adat kesopanan kita

Wednesday, July 29, 2009

UMNO DI HATI RAKYAT

Setiu, Terengganu- Semoga Allah memberi kekuatan kepada UMNO dalam menghadapisuasana getir dan emelut berpanjangan dalam usaha memartabatkan bangsa Melayu, Islam dan negara.Di harapkan para pemimpin UMNO terus gagah memimpin parti dan kerajaan Malaysia bersama-sama parti komponen yang lain demi kesejahteraan rakyat.
UMNO tidak perlu melayan tuduhan demi tuduhan liar seperti yang dilemparkan oleh Nik Aziz , pemimpin tersohor Pas itu. Beliau seperti 'nyanyuk' dalam bebrapa kenyataannya sejak akhir-akhir ini-apa tidaknya,sekajap nak berbaik dengan UMNO, sekejap pula ,menghina UMNO kemudian, ,cakap nak berbaik semula. Semua perbuatan dan percakapan ini tidak akan keluar daripda mulut seorang yang normal dan ulamak terbilang.
Semoga UMNO sedar dan insaf bahawa, di sebalik segala keraguan yang timbul, rakyat sebenarnya s tidak sabar-sabar lagi menunggu tibanya pilihanraya ke 13 untuk kembali bersama UMNO, MIC, MCA dan Gerakan serta parti komponen yang lain untuk membawa Malaysia ke arah keterbilangan seantero dunia

Thursday, June 25, 2009

Kempen Hadi di Manek Urai belum ada dalam jadual
KOTA BHARU 24 Jun - Ketiadaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa yang dikaitkan dengan idea kerajaan perpaduan untuk berkempen pada Pilihan Raya Kecil Manek Urai 14 Julai ini menimbulkan tanda tanya.
Kedua-duanya bukan sahaja tidak muncul malah tidak ada sebarang poster mereka digantung di sekitar kawasan berkenaan.
Pada masa yang sama, timbul cakap-cakap mengatakan mereka tidak dibenarkan berkempen kerana bimbang akan menjejaskan undi Pas.
Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Harun menjelaskan, ia sebahagian daripada strategi kempen parti itu pada pilihan raya kecil kawasan berkenaan.
"Perancangan agar poster kedua-duanya tidak dinaikkan, tidak ada kena mengena dengan isu kerajaan perpaduan baru-baru ini. Ia semata-mata strategi pilihan raya.
...dah bakpe pulok sapai tak mboh wi Tok GURU Ru Rendang gi kempen di Manek Urai..bakpe yang takut sangat dengan Nuar Brahim yang suka auta sokmo ke rakyat tu...bagilah Tok GURU kempen..menang kaloh sudah jadi adat bertanding....ke gane gamok weh!!!!!!!!

Thursday, June 18, 2009

marah betul Tok Garu pada YB Nasharudin kerana sokong kerajaan Perpaduan- semoga Allah membuka pintu hati orang-orang yang tidak suka melihat Malaysia ini aman, sentosa dan permai.

Timbalan Presiden Pas disaran sertai Umno jika sokong kerajaan perpaduan

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Nasharuddin Mat Isa meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti dan Ahli Parlimen Bachok jika terus menyokong idea penubuhan kerajaan perpaduan.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, lebih baik Nasharuddin menyertai Umno kerana tindak-tanduknya mencetuskan kecelaruan dalam parti.

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (berbincang dengan Umno), lebih baik dia masuk Umno. Terus terang saya sebut, lebih baik masuk Umno dan letak jawatan timbalan dan di Bachok. Apa buat sampah ni, menyusahkan orang.

"Dia tak tahu susahnya orang dari dalam dan luar Kelantan telefon dan berjumpa saya, menangis (kerana tak setuju dengan kerajaan perpaduan). Dia masuk Umno senang daripada duduk bertenggek dalam Pas...tak boleh dan tak ada moral kita panggil tu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco negeri di sini, semalam. Nik Abdul Aziz mengulas kenyataan Nasharuddin kelmarin, yang menyifatkan respon Datuk Seri Najib Razak berhubung cadangan penubuhan kerajaan perpaduan sebagai serius dan akan memaklumkannya kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini berada di luar negara.

Perdana Menteri sebelum itu berkata, beliau melihat Pas ikhlas untuk berbincang mengenai penubuhan kerajaan perpaduan yang dicetuskan Abdul Hadi dan Umno tidak pernah menolak sebarang kerjasama yang boleh memberi kebaikan kepada negara.

Nik Abdul Aziz semalam bagaimanapun mengulangi kenyataannya bahawa idea kerajaan perpaduan tidak sepatutnya ditimbulkan kerana ia tiada dalam agenda rasmi Pas serta tidak dibawa ke meja perbincangan dalam Pakatan Rakyat.

"Saya ulangi kenyataan saya sebelum ini, isu perpaduan bukan datang dari Pas tetapi lontaran peribadi pihak tertentu. Kalau Perdana Menteri sebut dari Pas, itu tak betul kerana ia tak ada dalam agenda mesyuarat Pas dan Pakatan Rakyat, itu bukan pendirian rasmi Pas," katanya.

Beliau berkata, cadangan penubuhan kerajaan perpaduan boleh diperhalusi jika perkara itu dibincangkan dan mendapat persetujuan Pas serta parti lain dalam Pakatan Rakyat.

"Bawa benda ini dalam mesyuarat parti dan Pakatan Rakyat. Kalau Pas dan Pakatan setuju, itu lainlah masalahnya, tetapi perkara ini tak dibincangkan. Jadi mana boleh nak besarkan benda ni. Sebab itu saya kata kerja ini boneka Umno.

"Kalau semua setuju, Pas setuju, Pakatan setuju, maka semua akan jadi anggota kerajaan, orang DAP jadi menteri, orang Pas jadi menteri, PKR dan Umno jadi menteri, barulah benar-benar perpaduan. Tetapi sekarang ini bukan perpaduan, ini perpecahan," katanya.

Nik Aziz mendakwa, tindak-tanduk segelintir pihak dalam Pas yang menyokong idea berkenaan menyebabkan parti itu sudah masuk perangkap Umno sehingga berdepan kecelaruan dan menjadikan hubungan dalam pakatan pembangkang semakin kalut.

"Umno sekarang tengah berpesta kerana Pas sudah masuk perangkap. Pas sama Pas kalut, Pas dengan Pakatan Rakyat kalut, jadi bercelaru," katanya.


Monday, May 25, 2009

kawe dok perlu weh nasihat demo Nuar" kawe banyok doh dengar demo..habih punoh pah kawe" demikian kata TOK GURU Nik Aziz pada Nuar Brahim menjelang Pilihanraya kecil dun Manek UraiKuala Terengganu- BN akanmeletakkan calonnya di Manek Urai dalam Pilihanraya Kecil selepas kematian penyandangnya.Semoga semangat BN BOLEH akan terus bergema diDun Manek Urai demi menjana semula sokongan rakyat selepas kekalahan demi kekalahan menjadi igauan buruk BN dalam pilihanraya kecil

Tuesday, May 19, 2009

Tiada calon di Penanti

KUALA LUMPUR 18 Mei – Barisan Nasional (BN) memutuskan tidak akan meletakkan calonnya pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti 31 Mei ini kerana ‘ia hanyalah satu permainan politik pembangkang’.

Keputusan itu dicapai sebulat suara pada Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang berlangsung kira-kira dua jam di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Ia dipengerusikan oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dihadiri timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta sebahagian besar ketua parti-parti komponen BN.

Najib pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu menegaskan, keputusan tersebut diambil kerana pilihan raya berkenaan hanyalah satu permainan politik pembangkang dan bukan disebabkan keperluan mengikut kehendak Perlembagaan Persekutuan.

“Kekosongan ini disebabkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) nak selesaikan masalah dalaman mereka. Ia satu permainan politik pembangkang dan tidak ada kena mengena dengan peruntukan Perlembagaan.

“Oleh kerana BN lebih utamakan khidmat kepada rakyat dan usaha-usaha memulihkan ekonomi negara, maka kita memutuskan tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil DUN Penanti,’’ katanya.

Pilihan raya kecil DUN Penanti diadakan berikutan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin dari PKR meletakkan jawatan sebagai ADUN pada 16 April lalu atas alasan mahu menyambung pelajaran.

Namun pada masa sama ramai pemerhati politik melihat tindakan itu diambil kerana wujudnya pelbagai bentuk desakan dalaman daripada PKR termasuk laporan salah laku ke atas Fairus.

PKR telah mengumumkan Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Dr. Mansor Othman, 56, sebagai calon parti itu. Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56, turut menyatakan hasrat untuk bertanding atas tiket Bebas.

Selain Penanti, kerusi Parlimen Permatang Pauh dan DUN Bukit Selambau, Kedah sebelum ini turut ‘dikosongkan’ secara sengaja.

Di Permatang Pauh, penyandangnya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi itu bagi memberi laluan kepada suaminya yang juga Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggantikan beliau.

Di Bukit Selambau pula, penyandangnya, V. Arumugam dari PKR meletakkan jawatan berikutan masalah peribadi yang dihadapinya.

Dalam pada itu, Najib berkata, keputusan BN untuk tidak meletakkan calon menunjukkan mesej jelas bahawa parti tersebut tidak akan menari mengikut rentak pihak lain.

Mengenai soal persepsi di sebalik keputusan itu, Najib berkata: “Itu terpulanglah tetapi hakikat sebenarnya kita tak mahu terjerumus dalam permainan politik parti pembangkang.

“Sebab kalau kita ini (terjerumus permainan politik pembangkang), lepas dua tiga bulan dia akan minta kawasan lain pula dikosongkan.’’

Najib pada masa sama percaya penyokong UMNO dan BN khususnya di Penanti akan dapat memahami keputusan itu kerana kepentingan parti secara keseluruhannya adalah lebih besar.

Lagi pun, kata beliau, UMNO dan BN akan tetap terus berkhidmat kepada para pengundi di kawasan DUN Penanti dan Parlimen Permatang Pauh.

“Saya percaya mereka tidak (akan kecewa) kerana ini bukan satu pilihan raya kecil yang perlu dilakukan mengikut Perlembagaan,’’ jelasnya.

Ditanya sama ada keputusan untuk tidak meletakkan calon kerana didorong rasa takut akan kekalahan seperti dialami BN pada pilihan raya kecil sebelum ini, Najib berkata, ia bukan sebabnya.

“Tak ada. Bukan sebabnya. Tak timbul kerana macam mana pun kita akan hadapi rakyat masa pilihan raya umum nanti. Sampai masanya kita akan berdepan dengan rakyat seperti biasa.’’ katanya.

Menurut Najib, tindakan untuk tidak meletakkan calon juga bukan pertama kali dilakukan BN sebaliknya pernah sekali dilakukan lama dahulu.

Pada tahun 1975, BN tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Menglembu selepas Ahli Parlimennya, Fan Yew Teng dari DAP disabit dengan kesalahan berkaitan Akta Hasutan.

Mengenai tindakan susulan UMNO dan BN selepas ini sama ada mahu menyeru penyokongnya di DUN Penanti memulaukan pilihan raya kecil 31 Mei ini, Perdana Menteri berkata: “Tak ada apa-apa lah.







Monday, May 18, 2009

Thursday, April 30, 2009

Pihak Berkuasa Mesti Tegas-Jangan Jadikan Malaysia Pusat Seludup Manusia


BOT membawa 37 rakyat asing ditahan di perairan Kuala Langat, Selangor, Sabtu lalu.

Bot bawa 37 rakyat asing ke Australia ditahan polis Afghan, Pakistan dan Iraq ditahan asing ditahan

KUALA LUMPUR: Kegiatan sindiket penyeludupan manusia yang menjadikan Malaysia sebagai transit ke Australia melalui jalan laut, terbongkar berikutan penahanan 37 rakyat asing termasuk 16 warga Afghanistan, 14 Pakistan dan tiga Iraq di perairan Kuala Langat, Selangor, Sabtu lalu.

Malah, pihak berkuasa kini turut menyiasat kemungkinan tragedi bot karam yang mengorbankan sembilan orang, termasuk enam sekeluarga dari Pakistan di perairan Teluk Ramunia, Johor, kelmarin, mempunyai kaitan dengan sindiket itu.

Dalam kes penahanan 37 rakyat asing itu, pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan mereka mahu menuju ke Indonesia sebelum meneruskan perjalanan ke Australia, dengan bantuan sindiket didalangi rakyat tempatan dan asing, untuk bekerja atau mendapatkan suaka politik di sana.
Petua-petua UMNO NAK MENANG Pilihanraya Kecil

1. Jangan menidakkan kebolehan calon yang telah dipilih
2. Jangan duk perkekeh kelemahan calon sendiri
3. Jangan percaya kepada para pengundi luar (sebahagian mereka hanya nak duit tambang sahaja tapi pangkah pembangkang)
4. Semua jentera mesti ikhlas berkerja tanpa mengharapkan upah,
5. Semua masalah rakyat catat dahulu, bukannya hantar jentera berat terus bina jalan berjuta-juta tetapi kalah dalam pilihanraya
6.Semua masalah pembangunan ,diselesaikan selepas Pilihanraya - itupun jika menang
7. Jangan bergaduh sesama pemimpin Bahagian sehingga orang kampung pun tahu.

Keluhan rakyat: TPM jalan kaki 3kmpemimpin berjiwa rakyat-bukannya pemimpin menyeksa rakyat dengan pidato kosong


MUHYIDDIN Yassin diberi penerangan oleh Menteri Perumahan Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg (tiga dari kanan) mengenai Projek Tebatan Banjir di Kampung Semariang Batu, Kuching, semalam. – BERNAMA


KUCHING 29 April – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berjalan kaki sejauh kira-kira tiga kilometer untuk melihat dan mendengar sendiri keluhan penduduk Kampung Samariang Batu dekat sini yang sering mengalami masalah banjir.

Beliau bersama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan diiringi Menteri Kemajuan Tanah Sarawak, Datuk Seri James Jemut Masing tiba di kampung itu pada pukul 4.30 petang dan disambut oleh Ahli Parlimen Petra Jaya, Fadillah Yusof.

Dalam lawatan tersebut, Muhyiddin berjalan kaki melihat sendiri sistem perparitan di kampung itu yang tidak sempurna serta tapak pembinaan jeti bagi kemudahan nelayan dan pelancong.

Setelah membuat tinjauan kira-kira sejam, Muhyiddin bersama ahli rombongan kemudiannya beredar ke kediaman Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bagi menziarahi jenazah Puan Sri Laila Taib yang meninggal dunia petang ini.

Sunday, April 26, 2009

Umum Ketua Pemuda negeri minggu depan

SEREMBAN 25 April - Senarai Ketua-Ketua Pemuda UMNO negeri yang baru akan diumumkan minggu depan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin berkata, kesemua Ketua Pemuda UMNO negeri yang bakal dilantik terdiri daripada muka-muka baru.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, senarai itu akan diumumkan setelah berbincang dan menerima pandangan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO di setiap negeri.

''Bagi Negeri Sembilan, saya telah mengadakan perbincangan awal dengan Datuk Seri Mohamad Hasan dan akan merujuk semula kepada beliau sebelum membuat pengumuman," ujarnya di sini hari ini.

Tuesday, April 21, 2009

'Penanti Sedang Menanti'

BN wajar meletakkan calon dalam pilihanraya kecil Dun Penanti,miskipun sudah tahu akan menerima beban kekalahan buat kali yang ke 5. Bagaimanapun, jika difikir secara halus dan mendalam, BN sebenarnya kalah angkara perbuatan sendiri . Para pemimpin BN wajar duduk semeja dan bermuhasabah sama seperti pemimpin BN terdahulu mengenepikan sentimen kaum masing-masing demi mendapatkan kemerdekaan daripada British.
Bermula d Permatang Pauh, bagaimana jentera BN dimalukan dengan cukup tragis sekali. Ramai berharap Kuala Terengganu akan menjadi penawar kepada kekalahan tersebut. Namun, sebaliknya berlaku, kubu kuat UMNO dan BN tersebut begitu mudah dirobek jentera pembangkang yang hanya mengeluarkan 'air liur' para pemimpin BN terdahulu seperti Anwar dan lain-lain lagi. Mereka tahu gaya kempen BN dan menggunakan segala kelemahan tersebut untuk memalukan BN. Sebenarnya, jika jentera kempen BN kemas dan turun sebagai sebuah pasukan padu, jitu dan terarah kepada matlamat kemenangan..BN akan menang
Yang penting sekarang, turun sabagai satu pasukan, sebagai satu pasukan, bukan sebagai ' enau dalam belukar' melepaskan pucuk masing-masing.

Tuesday, April 14, 2009

'Beri Peluang Kabinet Rakyat'

Berilah peluang kepada barisan kabinet rakyat untuk membuktikan kemampuan mereka dalam menunaikan amanah rakyat kepada negara.Jangan ada di antara kita yang cuba mengerat tiang ,mengoyak layar ,dan cuba mengubah haluan kemudi kapal dalam keadaan kapal dilanda ribut ,taufan dan badai
Budaya membuat tuntutan jawatan, walhal,sokonganb pengundi kepada mereka hanya tinggal nyawa-nyawa ikan patutlah diubah semula.Budaya menggertak pemimpin tertinggi BN perlu dihakis daripada minda para pemimpin komponen.Mereka perlu berpijak di bumi nyata, bahawa tanpa kerusi UMNO, telah lama BN kuasa.Semua mesti bermuhasabah diri, membuat penilaian semula kepada hasrat rakyat supaya mereka kembali mendampingi masalah rakyat, bukan hanya berkokok semasa pilihanraya sahaja

Monday, April 6, 2009

Pas bimbang Melayu tidak sokong calon PKR.....PAS KLUK-KLEK

SUNGAI PETANI: Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang melahirkan rasa bimbang kemungkinan orang Melayu di kawasan pilihan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau tidak menyokong calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), S Manikumar atas alasan calon itu bukan beragama Islam.

Katanya, masyarakat Melayu di kawasan itu perlu menyokong calon PKR dan tidak mempersoalkan agamanya kerana matlamat utama pakatan pembangkang ialah untuk mempertahankan kerusi Bukit Selambau.

Pilihan raya kecil kawasan DUN Bukit Selambau esok menyaksikan pertandingan 15 penjuru, dan antara calonnya ialah calon Barisan Nasional (BN), Datuk S Ganesan dan calon PKR, Manikumar.

"Pengundi terutama ahli Pas perlu mengunakan hak sebagai pengundi untuk mempertahankan kerusi Bukit Selambau," katanya dalam ceramah di Taman Ria Jaya di sini, malam tadi. - Bernama


..gane mung Hj Hadi..hale ke orang dokleh. UNDI calon bukan ISLAM..bile kene ke puok-puok mung nok pakoh calon bukan Islam ..buleh pulok....memang PAS ni parti KLUK-KLEK....KLUK KLEK---KLUK-KLEK






Saturday, April 4, 2009

'Selamat Bertugas Nakhoda Zaman'


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak yang mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri semalam, memulakan pentadbirannya dengan membebaskan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta membuat kajian semula terhadap akta itu.

Dalam perutusan sulungnya sebagai Perdana Menteri yang disiarkan menerusi TV1 malam tadi, Najib turut mengumumkan kerajaan menarik balik larangan penerbitan akhbar Harakah dan Suara Keadilan, berkuat kuasa serta-merta.

Pas masih ketinggalan sokongan Melayu di Bukit Gantang

TAIPING: Lima hari berkempen selepas hari penamaan calon pada Ahad lepas, Pas hari ini mendakwa ia masih ketinggalan dari segi sokongan pengundi Melayu berbanding Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang pada 7 April ini.

Pengarah Pilihan raya Pas Pusat, Datuk Mustaffa Ali, bagaimanapun menegaskan jentera pilihan raya parti itu berjaya merapatkan jurang sokongan pengundi Melayu itu yang kini didakwanya tidak jauh berbeza.

"Menjelang 7 April ini kita akan menutup jurang itu, insyaAllah. Bagaimanapun dari segi sokongan pengundi Cina dan India di Bukit Gantang, Pas masih lagi mendahului BN," katanya pada sidang akhbar di Markas Pas Air Kuning di sini, hari ini.

Berdasarkan keputusan pada beberapa pilihan raya di kawasan itu sebelum ini, sokongan pengundi Melayu terbahagi dua, hampir kira-kira separuh kepada BN dan Pas, namun BN sentiasa menikmati sokongan yang lebih banyak berbanding parti pembangkang itu.

Kenyataan Mustaffa itu sekaligus mengesahkan kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rabu lalu bahawa pengundi Melayu dalam kawasan pilihan raya kecil Bukit Gantang menunjukkan perubahan sikap lebih positif selepas beberapa hari jentera pilihan raya BN berkempen.

Semalam, Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, sekadar menyifatkan kenyataan Muhyiddin itu sebagai kata-kata motivasi untuk petugas BN pada pilihan raya kecil parlimen berkenaan.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada Pas ada menerima laporan berhubung dakwaan bahawa calonnya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meninggalkan majlis solat jenazah seorang ahli Umno semalam selepas beliau tidak dibenarkan menjadi imam,

Mustaffa berkata, dakwaan itu perlu disahkan terlebih dahulu kerana parti tersebut tidak menerima apa-apa laporan berhubung insiden berkenaan. - Bernama






Pengundi Bukit Gantang ambil peluang bersama Najib jana perubahan: Ismail

TAIPING: Pengundi di Parlimen Bukit Gantang perlu mengambil peluang untuk bersama-sama Datuk Seri Najib Razak yang dilantik menjadi Perdana Menteri hari ini bagi merencana serta menjana perubahan untuk kemakmuran negara pada masa depan sesuai dengan konsep 'Satu Malaysia', kata calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian.

Beliau turut melahirkan keyakinan bahawa pelantikan Najib sebagai perdana menteri keenam akan membawa banyak idea baru sekaligus menjadi pemangkin terhadap perubahan dalam kerajaan dan BN.

"Berdasarkan rekod dan pengalaman Najib yang begitu luas, saya yakin beliau akan memacu negara ke arah perubahan yang lebih signifikan terhadap kemajuan dan kemakmuran negara," katanya ketika ditemui di pejabat Umno Bahagian Bukit Gantang di sini.

Sebelum itu, beliau menghadiri beberapa siri program bertemu rakyat dan melawat mangsa banjir di sekitar Parlimen Bukit Gantang.

Mengenai dakwaan pembangkang bahawa BN melaksanakan projek 'mee segera' untuk memancing undi, beliau berkata, projek yang sedang dilaksanakan sekarang sebenarnya sudah dirancang sebelum pilihan raya kecil itu lagi.

Beliau berkata, projek yang dijalankan seperti pembinaan jalan, longkang dan perparitan bagi mengelakkan banjir adalah untuk kemudahan rakyat yang perlu disegerakan tanpa menunggu pilihan raya, selain pilihan raya kecil itu bukan sesuatu yang dirancang.

Ismail berkata, Pas sentiasa mencari apa sahaja peluang yang ada untuk memanipulasi sebarang isu bagi mengelirukan pengundi sedangkan rakyat semakin bijak menilai kemampuan serta keikhlasan BN melaksanakan projek pembangunan.

"Semua projek itu dijalankan bukan untuk kepentingan penyokong BN semata-mata tetapi untuk semua rakyat termasuk penyokong Pas. Malah, dari Perlis hingga Kuala Lumpur kita akan melihat banyak projek seperti itu dilaksanakan sedangkan di tempat berkenaan bukan ada pilihan raya," katanya.

Pada pilihan raya kecil 7 April ini, Ismail, 49, dicabar calon Pas, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, 52, dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris, 42.

Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Roslan Shaharum dari Pas pada 9 Februari lalu, akibat serangan jantung.

Pada pilihan raya umum 8 Mac, 2008, Roslan memenangi kerusi berkenaan selepas menewaskan calon BN, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi dan calon Bebas, M Mohganan dengan majoriti 1,566 undi. - Bernama

Saturday, March 28, 2009

Tuesday, March 17, 2009

Discovery Berjaya Di Lancar Ke Angkasa


KAPAL angkasa Discovery dilancarkan dari tapak pelancaran 39A di Pusat Angkasa Kennedy pada kira-kira 7.43 pagi waktu Malaysia, semalam, membawa tujuh angkasawan ke ISS. -
CAPE CANAVERAL
, Florida 16 Mac - Kapal angkasa Discovery berjaya dilancarkan dari Pusat Angkasa Kennedy di sini awal pagi ini dengan membawa bersama panel suria yang akan dipasang bagi memperbesar ruang bagi persediaan penambahan krew di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).
Kapal angkasa Discovery dilancarkan pada pukul 7.43 malam (7.43 pagi ini waktu Malaysia) dan memasuki orbit lapan minit kemudian. Perjalanan ke stesen ISS dijangka mengambil masa selama dua hari.
Pengarah Misi Pelancaran, Mike Leinbach berkata, pelancaran itu berjalan dengan sempurna.
"Saya telah melihat banyak pelancaran... dan ini merupakan pelancaran yang paling cantik dilihat. Ia menakjubkan," katanya pada pemberita dalam satu sesi taklimat di sini.

Gobind digantung 12 bulan

KUALA LUMPUR 16 Mac - Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul untuk menggantung Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) daripada menghadiri sidang Dewan selama 12 bulan berkuat kuasa serta-merta.
Selain digantung, Gobind tidak akan menerima sebarang bayaran elaun dan kemudahan sebagai Ahli Parlimen sepanjang tempoh tersebut.
Tindakan tersebut diambil ekoran dua kenyataan Gobind yang mendakwa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terbabit dalam kes pembunuhan selain menghina Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat setelah diperintah keluar Dewan.
Kenyataan berkenaan dibuat Gobind pada 12 Mac lalu semasa perbahasan peringkat Jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2009).
Sewaktu membentangkan usul tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, kenyataan Gobind itu sangat serius dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai ahli Parlimen serta merupakan penghinaan kepada Dewan.

Monday, March 16, 2009

Agenda besar runtuhkan negara
KUALA LUMPUR 15 Mac – Pemuda UMNO yakin ada pihak tertentu yang sedang memainkan peranan dan mempunyai agenda besar bagi meruntuhkan keamanan dan kekuatan negara.
Ketua pergerakan itu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, agenda itu dapat dilihat melalui rusuhan, gerakan kumpulan, fitnah dan tindakan menghasut dan menghuru-harakan negara.
Katanya, agenda itu juga bertujuan melemahkan kekuatan institusi yang selama ini menunjangi kemerdekaan.
“Selama ini iaitu sebelum kewujudan pihak tertentu, tidak pernah ada anak Melayu yang tergamak baring di atas jalan untuk menghalang kenderaan raja.
“Anak Melayu selama ini tidak sanggup membaling batu ke arah rajanya sendiri dan tidak mungkin warga Perak biadab kepada raja,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Selain itu, katanya, Pemuda UMNO yakin golongan yang menderhaka itu terdiri daripada individu yang tidak sedar bahawa dirinya diperalat untuk memenuhi agenda besar pihak berkenaan.
Sehubungan itu, katanya, Pemuda UMNO akan memastikan impian pihak tersebut untuk memecahbelahkan ahli, melaga-lagakan pemimpin dan melemahkan parti ketika ini tidak menjadi kenyataan.
“Kami akan mewujudkan gelombang kebangkitan Pemuda UMNO untuk menghalang niat buruk pihak berkenaan.
“Sepanjang kempen pilihan raya kecil di tiga kawasan iaitu Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air, kami akan menyedarkan generasi dan pengundi muda,” katanya.
Beliau berkata, generasi dan pengundi muda perlu sedar taktik kotor pembangkang yang mencampur-aduk maklumat benar dan separuh benar untuk mengelirukan serta memikat hati masyarakat.
Menurutnya, pemimpin Melayu yang sanggup diperalatkan untuk membuat tohmahan terhadap pemimpin adalah pengkhianat besar.

Gobind Singh wajar dikenakan tindakan
Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM saiful.hasam@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 15 Mac - Ahli Parlimen Puchong dari DAP, Gobind Singh Deo wajar dikenakan tindakan mahkamah kerana mempersoalkan keadilan sistem perundangan negara di Dewan Rakyat, Khamis lalu.
Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis berkata, kenyataan Gobind itu tergolong dalam kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948.
Katanya, tindakan mahkamah itu tidak bertentangan dengan imuniti yang dinikmati Ahli Parlimen sewaktu berucap di Dewan Rakyat kerana keistimewaan itu mempunyai had tertentu sebagaimana yang dinyatakan Artikel 63(4) Perlembagaan Persekutuan.
"Kalau seorang wakil rakyat membangkitkan isu kedaulatan raja, hak istimewa Melayu, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan perkara-perkara di bawah akta hasutan, mereka boleh diseret ke mahkamah.
"Akta hasutan menyatakan kalau sesiapa mempersoalkan dan membangkitkan kemarahan rakyat terhadap sistem keadilan negara, maka ia tergolong di bawah maksud kecenderungan menghasut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kelmarin, Gobind diperintahkan keluar Dewan oleh Timbalan Yang di Pertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee setelah beliau menimbulkan suasana tegang apabila mempersoalkan sistem keadilan dalam pendakwaan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.
Ronald kemudian mengarahkannya berhenti daripada membangkitkan perkara tersebut berikutan kes berkenaan sedang dalam perbicaraan mahkamah namun Gobind terus berdegil.
Dalam keadaan marah dan tidak puas hati, Gobind kemudian keluar Dewan sambil diiringi bentara.
Ketika ditemui pemberita kemudiannya, beliau yang diminta mengulangi tuduhan tersebut di luar Dewan berkata: "Saya tidak mahu ulang kerana dalam Dewan saya dilindungi oleh kekebalan Ahli Dewan."
Gabungan UMNO-Pas impian orang Melayu
KUALA LUMPUR 15 Mac - Cadangan untuk mewujudkan satu kerajaan perpaduan yang menggabungkan Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO dan Pas merupakan impian seluruh masyarakat Melayu di negara ini.
Ia adalah kerana kedua-dua parti tersebut merupakan dua parti terbesar orang Melayu yang selama ini sering bertentangan dalam apa jua isu disebabkan perbezaan ideologi dan prinsip dalam politik.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, segala usaha yang boleh menggerakkan ke arah merealisasikan impian tersebut antaranya mengadakan pertemuan di peringkat kepimpinan parti perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh.
"Saya pernah berjumpa dengan beberapa pemimpin Pas dan saya bercakap mengenai perkara ini. Mereka memberi reaksi yang amat positif dan mereka sendiri mengakui kerjasama UMNO-Pas adalah impian bagi seluruh masyarakat Islam terutama orang Melayu.
"Siapa tidak mahu melihat UMNO dan Pas bersatu? Apa yang penting sekarang, pihak UMNO dan Pas harus mengetepikan perbezaan fahaman politik supaya kita dapat memulakan segera usaha ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas cadangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar semua parti politik di negara ini bersatu bagi mewujudkan kerajaan perpaduan dalam satu temuramah dengan sebuah portal berita baru-baru ini.
Presiden Pas itu mencadangkan pembentukan kerajaan perpaduan iaitu semua pihak bekerjasama untuk kepentingan negara bukan lagi untuk kepentingan parti masing-masing yang sempit.
Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika mengulas kenyataan itu berkata, kerajaan campuran antara BN dan Pas seperti mana dicadangkan oleh Abdul Hadi tidak perlu.
Dalam pada itu, Mohamad Khir berkata, antara faktor utama beliau mahu kerjasama itu berjaya direalisasikan adalah disebabkan agama.
Beliau berkata, gabungan antara kedua-dua parti berkenaan akan menguatkan lagi kedudukan Islam sekali gus memelihara kesuciannya dicemari oleh mana-mana pihak.
"Saya optimis hasrat ini akan tercapai pada satu hari nanti. Sebenarnya, tiada perbezaan yang ketara antara UMNO dan Pas kerana kita saudara seagama yang sentiasa menjunjung syariat Rasulullah.
"Selain mengetepikan perbezaan fahaman politik, sifat dendam antara UMNO dan Pas perlu dikikiskan. Bagi saya, ini merupakan kerja agama kerana ia akhirnya bermatlamatkan untuk membela agama, bangsa dan negara kita.
"Bagi kaum lain, mereka tidak harus khuatir kerana hak mereka tetap akan terpelihara seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Dalam perkembangan yang sama, Mohamad Khir yakin dengan kewibawaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi sejarah yang pernah dibuat oleh bapanya yang juga Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak.
"Tun Abdul Razak pernah membawa masuk Pas untuk menyertai parti kerajaan pada tahun 1974. Walaupun usaha itu hanya bertahan setakat empat tahun, sekurang-kurangnya Tun Abdul Razak berjaya melakukannya," katanya.
Nada yang sama turut disuarakan oleh Ketua Penerangan UMNO Johor, Dr. Mohd. Puad Zarkashi.
Beliau berkata, antara langkah awal yang boleh dilaksanakan ialah mengadakan muzakarah antara UMNO dan Pas dengan menemukan pemimpin utama antara kedua-dua pihak.
Kata beliau, melalui muzakarah berkenaan, UMNO dan Pas boleh mencari satu titik persamaan dalam isu-isu tertentu yang akhirnya memberi faedah kepada usaha membela agama, bangsa dan negara.
Selain itu, pembentukan kerajaan campuran di Perak juga boleh dijadikan langkah awal kerjasama antara BN atau secara khususnya UMNO dengan pihak Pas.
"Di Malaysia hanya UMNO dan Pas sahaja parti orang Melayu. Jika ini dapat direalisasikan saya percaya pihak yang paling gembira ialah orang Melayu sendiri.
"Saya mengimpikan ia benar-benar terjadi dan saya akan sentiasa berdoa kepada Allah agar

Saturday, March 14, 2009

5 didakwa hina Sultan
Chan Hon Keong, 26,
dituduh bersama isterinya, Khoo Hui Shuang, 27, menghina Sultan Perak melalui laman web http://books.dreambooks.com/duliduli.html yang mempunyai pautan kepada laman web Sultan Perak, www.sultanperak.gov.my. di Permatang Pauh, Butterworth, kira-kira pukul 12.05 pagi, 13 Februari lalu.

RUTININ Suhaimin, 35, dituduh melakukan kesalahan sama menggunakan perkhidmatan aplikasi Internet secara sedar dengan membuat dan memulakan penghantaran komen di alamat http://booksdreambook.com/duli/duli.html yang pada pukul 6.33 petang pada 13 Februari lalu di Kundasang, Sabah.

Nor Hisham Osman, 36, didakwa telah membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelik sifatnya di http://books.dreambook.com.web per/dul1.html yang mempunyai pautan kepada laman web Sultan Perak iaitu www.sultan.perak.gov.my. Perbuatan itu didakwa dilakukannya pada pukul 12.34 tengah hari, 11 Februari lalu di Taman Lestari Perdana, Sri Kembangan, Selangor.

Muslim Ahmad, 54, didakwa atas tiga tuduhan menulis komen menghina Sultan Perak menggunakan perkhidmatan Internet menghina Sultan Perak di Setapak, Kuala Lumpur pukul 2.21 dan 2.27 petang, 7 Februari lalu.

PEMBANTU makmal Azrin Md. Zain, 33, didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah menulis komen yang menghina Sultan Perak
Haramkan lagu nyanyian Agnes Monica
SHAH ALAM 13 Mac - Kerajaan Pusat diminta mengharamkan sebuah lagu Indonesia berjudul Allah Peduli kerana mengandungi lirik antara lain menyebut 'sebab Allah Yesusku mengerti.'
Pengerusi Majlis Agama Islam Sela-ngor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa berkata, tindakan mengharamkan lagu itu wajar diambil kerana ia menyentuh sensitiviti agama.
Beliau berkata, terdapat sesetengah umat Islam yang tidak faham dengan kandungan lirik dan membuta tuli ikut menyanyi sedangkan lirik itu secara senyap memesong keimanan dan akidah.
"Kita minta pihak yang berkenaan di peringkat Kerajaan Pusat turut memantau isu lirik lagu ini dan mengambil langkah sewajarnya demi memelihara kesucian agama Islam," katanya.
Mohd. Adzib menjelaskan, mana-mana orang bukan Islam yang menggunakan perkataan Allah dalam kitab-kitab agama atau penerbitan agama bukan Islam adalah melakukan kesalahan dan boleh didakwa iaitu denda RM1,000 jika disabitkan kesalahan.
Dalam hubungan ini, kata beliau, MAIS berpendirian bahawa penggunaan kalimah Allah hanya eksklusif untuk orang Islam sahaja.

Friday, March 13, 2009

Majlis Peguam tidak kebal undang-undang
KUALA LUMPUR 12 Mac - Majlis Peguam tidak kebal daripada tindakan sekiranya didapati melanggar undang-undang negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, Majlis Peguam merupakan satu entiti sama seperti individu lain di negara yang dikawal oleh undang-undang dan tidak terlepas daripada tindakan undang-undang.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Datuk Mukhriz Mahathir (BN - Jerlun) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Mukhriz bertanyakan tindakan majlis itu sebelum ini yang mempertikaikan status agama Islam di negara ini dan penglibatan mereka dalam politik negara sehingga menimbulkan perasaan marah dan kesangsian di kalangan rakyat.
Terdahulu, Mukhriz dalam soalan asalnya menyatakan adakah kerajaan bercadang untuk meminda Akta Profesion Perundangan 1976.
Mohamed Nazri berkata, kerajaan pada masa ini tidak bercadang meminda akta itu sebagai salah satu usaha mengehadkan bidang kuasa Majlis Peguam yang dilihat cenderung terlibat dalam politik negara, sehingga mengabaikan kebajikan ahlinya.
Katanya, kuasa Majlis Peguam antara lain ialah untuk memberikan pandangan mengenai apa-apa perkara yang berkaitan perundangan, pentadbiran dan pengamalan undang-undang di negara.
"Jika sesetengah perkara politik negara melibatkan soal perundangan, maka majlis itu mempunyai kuasa untuk memberi pandangan yang dikira wajar dan sesuai, tanpa melibatkan diri secara terus dalam proses politik negara," katanya.

Monday, March 9, 2009

GMP nafi didalangi pihak tertentu - PPSMI
09/03/2009 8:02pm
KUALA LUMPUR 9 Mac — Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) menafikan didalangi pihak tertentu termasuk pembangkang dalam usaha gerakan itu membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad berkata apa yang berlaku pada perhimpunan membantah PPSMI Sabtu lepas adalah di luar bidang kuasa GMP dan
“GMP menganggap mereka yang datang adalah untuk menyatakan sokongan mereka”. “Tiada dalang di sebalik apa yang berlaku, kami bukan wayang kulit yang dimainkan oleh tukang cerita, yang datang (berhimpun) sebagai penyokong, saya tak mahu dikatakan boneka, ia seperti menghina (saya),” katanya pada sidang akhbar di Rumah Pena di sini, hari ini.
Hassan berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam bahawa perhimpunan Sabtu lepas didalangi pembangkang berdasarkan penyertaan beberapa pemimpin mereka pada demonstrasi jalanan itu.
Perhimpunan anjuran GMP yang asalnya bertujuan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong turut disertai beberapa pemimpin pembangkang termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, selain segelintir peserta perarakan yang dilihat memakai pakaian dan membawa logo beberapa parti pembangkang. - Bernama
Sejarah Hidup Nabi Muhammad SAW

HARI ini umat Islam di seluruh pelosok dunia meraikan tarikh 12 Rabiulawal, iaitu tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW. Sungguhpun Baginda telah pergi meninggalkan umat yang dikasihinya lebih 1,500 tahun lalu, namun perasaan cinta dan kasih sayang seluruh umat Muslimin tidak akan berkurang.
Meskipun Baginda pernah menyatakan bahawa umat Islam yang ramai pada akhir zaman umpama buih akan berada dalam keadaan yang lemah namun jumlah yang tetap berpegang teguh pada ajarannya tetap ramai.
Usaha mendokumentasikan setiap kata-kata dan perbuatan Baginda oleh para pengumpul hadis telah menyelamatkan umat Islam dalam mentafsirkan kebanyakan maksud ayat al-Quran. Hadis dan sunah Nabi SAW kemudian menjadi sumber utama selepas al-Quran dalam menetapkan hukum Islam. Daripada catatan-catatan inilah kemudiannya lahir banyak buku yang menceritakan kisah hidup Rasulullah SAW.
Dapatlah dikatakan Nabi Muhammad SAW salah seorang tokoh dan pemimpin yang kisah hidupnya paling banyak diterbitkan. Biografi Baginda sentiasa terbit dalam bentuk dan edisi baru kerana selalu ada penulis kontemporari yang melihat ketokohan baginda dalam pelbagai konteks dan tafsiran yang baru.
Hayati Maulidur Rasul
KUALA LUMPUR 8 Mac - Masyarakat Islam perlu menghayati makna di sebalik sambutan Maulidur Rasul dan sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan panduan dalam menghadapi pelbagai cabaran masa kini.
Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad berkata, renungan dan peringatan zahir sahaja tidak memadai jika tiada pengisian penting dan penghayatan untuk mentafsirkannya dalam bentuk akidah dan amalan.
"Majlis seumpama ini penting bagi memperingati kisah perjuangan dan pengorbanan baginda berdakwah dan memartabatkan Islam.
"Amalan secara tradisi ini juga merupakan kaedah penyatuan ummah dan permuafakatan paling berkesan bagi menyatupadukan masyarakat Islam daripada pelbagai perbezaan pendapat dan ideologi," katanya.
Beliau ditemui pemberita semasa Majlis Sambutan Maulidur Rasul yang bertemakan Maulidur Rasul Pemangkin Khaira Ummah anjuran Masjid Negara bagi tahun 1430/2009M di Masjid Negara di sini malam tadi.
Kira-kira 500 orang menyertai sambutan yang bermula pada pukul 8 malam itu.
Ia dimulakan dengan persembahan marhaban dan berzanji oleh kumpulan Marhaban Al-Islah dari Masjid Jamek Ibnu Khaldun, Sungai Besi.

Sunday, March 8, 2009

Chong Wei ke final Seluruh England

BIRMINGHAM: Pemain negara, Lee Chong Wei, menempah tiket ke final Seluruh England selepas menundukkan bekas juara Olimpik, Taufik Hidayat, 21-8, 21-13.

Friday, March 6, 2009

'Terima Kasih Taib Azamudden"

Taib Azamudden perjelas penggunaan kalimah Allah
KUALA LUMPUR 5 Mac - Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa nama Allah berdasarkan kepercayaan (tauhid) orang Islam tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.
Taib Azamudden Mat Taib (Pas-Baling) berkata, ini kerana Allah yang dimaksudkan oleh agama lain adalah berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam.
Taib Azamudden, yang juga bekas Imam Besar Masjid Negara berkata demikian setelah Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta beliau memberi penjelasan mengenai isu penggunaan kalimah Allah, yang agak hangat dibincangkan oleh beberapa anggota Dewan hari ini.
Ahmad Zahid, yang ketika itu menggulung perbahasan usul ucapan terima kasih titah ucapan diraja, kemudian berkata, penjelasan oleh Ahli Parlimen Baling itu selari dengan pegangan kerajaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Fatwa Kebangsaan

Atasi Gangsterisme Pelajar Dengan Nilai Islam

Atasi gangsterisme pelajar dengan nilai Islam
Oleh ZULZAIDI MAHMOD



KES-KES pembulian pelajar sekolah seakan seperti satu pesta yang berleluasa di Malaysia hari ini. Terpampang di dada akhbar dan paparan televisyen satu demi satu pembongkaran masalah gangsterisme pelajar sekolah.
Kes-kes pembulian ini seolah-olah satu tradisi turun-temurun sama ada di sekolah, lebih-lebih lagi pembulian di asrama. Selalunya pelajar-pelajar senior dari tingkatan empat hingga tingkatan enam yang melakukan perkara tidak berperikemanusiaan ini.
Pelajar-pelajar junior yang membuat masalah dan disyaki bersalah seperti mencuri, menghisap rokok, ponteng dan sebagainya tidak terus dihadapkan kepada lembaga disiplin sekolah atau asrama tetapi diadili di 'mahkamah' pelajar senior untuk diambil tindakan dan dijatuhi hukuman.
Semestinya masyarakat sedia maklum hukuman dan tindakan yang diambil oleh pelajar senior adalah dengan memukul mangsa sehingga pengsan, luka, patah dan ada yang sampai menemui ajal.
Perkara ini memang satu kesalahan yang sukar untuk dimaafkan, kerana tindakan yang diambil oleh mereka itu bersalahan dengan tatatertib sekolah.
Sepatutnya, pelajar yang membuat masalah perlulah terus dihadapkan kepada lembaga disiplin sekolah atau asrama kerana tatatertib akan diambil mengikut kesalahan dan prosedur yang ada.
Kes-kes pembulian atau gangsterisme sekolah juga tidak pernah mengenal sama ada pelajar-pelajar yang membuat kesilapan atau disyaki membuat kesalahan itu berada dalam keadaan benar ataupun tidak.
Apa yang penting untuk kaki pukul ini adalah melepaskan geram kepada junior dengan pukulan, sepakan, tamparan, terajang dan sebagainya.
Kata-kata lumrah semasa memukul pelajar adalah dengan memaki hamun pelajar yang membuat salah dengan kata-kata kesat dan mengkategorikan apa yang dilalui mereka itu jauh lebih ringan daripada mereka (senior) terdahulu.
Antaranya: "Aku kira baiklah pukul kau perlahan, dulu aku kena pukul lagi teruk." Lafaz-lafaz inilah yang selalunya diluahkan oleh pembuli-pembuli yang tidak memikirkan masa depan mereka.
Ugutan-ugutan yang melampaui batas juga selalunya terhambur keluar daripada mulut mereka, seperti jika kes ini diketahui umum pelajar yang disyaki membuat salah akan dipukul lebih teruk daripada kali pertama. Sehingga kepada ugutan-ugutan bunuh yang dilakukan tetapi disembunyikan kepada masyarakat awam.
Kes-kes pukul yang melibatkan pelajar kerap kali kedengaran seperti yang berlaku baru-baru ini di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Oya, Dalat Sarawak, kes di Marang, Terengganu yang melibatkan pelajar senior yang memukul junior dengan menghantukkan kepala ke tiang, di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 5, Wangsa Maju yang mana mangsa dipukul dalam bas gara-gara terlanggar bahu kekasih salah seorang ahli kumpulan buli sekolah dan banyak lagi untuk dibongkarkan.
Masalah ini dilihat sukar untuk diselesaikan. Namun, jika semua pihak berganding bahu mendokong penyelesaian masalah ini secara berhikmah, pasti perkara ini dapat diselesaikan.
Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (PMAPIUM), Izzat Amin Mohd. Nasir mencadangkan masalah gangsterisme pelajar sekolah bagi yang beragama Islam perlu ditangani dengan cara Islam.
Kaedah Islam ini adalah dengan menanam nilai-nilai kerohanian dalam diri semua pelajar seperti dekati pelajar dengan al-Quran, suasana sekolah yang berlandskap Islamik contohnya; papan-papan tanda yang memuji Allah SWT, hakikatnya memainkan peranan dalam hal ini.
Pelajar sekolah pada hari ini, seakan jauh daripada al-Quran. Jika kita membuat kajian ke atas pelajar sekolah kebanyakannya masih terkapai-kapai untuk mengenali huruf-huruf di dalam al-Quran, apatah lagi membacanya.
Sewajarnya pihak sekolah amat berperanan penting memastikan kes-kes ini tidak berulang lagi. Guru-guru disiplin perlu lebih tegas dalam memastikan masalah pembulian ini tidak berleluasa.
Cadangan menanamkan nilai-nilai kerohanian seperti terlibat dengan Badan Dakwah dan Kerohanian Sekolah (Badar), merupakan satu langkah bijak.
Melalui penglibatan pelajar dalam badan-badan dakwah ini, secara tidak langsung suasana sekolah dan asrama lebih berunsurkan Islam.
Sekali gus memberi kesan dalam diri pelajar dan menerapkan nilai-nilai kerohanian dapat berjalan dengan lancar di sekolah dan asrama.
Kes-kes pembulian ini perlu diterapkan padah kesannya kepada mereka sejak dari awal persekolahan agar pelajar-pelajar ini tidak melakukan perkara sedemikian

'Buli di Sekolah..Apa Pnyelesaiannya?

Jelingan dibalas libasan 'lawi ayam'
PASIR PUTEH 5 Mac - Akibat menjeling, seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di bandar ini cedera selepas dilibas dengan senjata kecil yang tajam dikenali sebagai 'lawi ayam' oleh dua pelajar senior dalam pergaduhan di sekolah itu hari ini.
Atasi gejala buli pelajar
KUANTAN 5 Mac - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah meminta setiap sekolah menganjurkan program khas pembentukan peribadi pelajar sebagai usaha menangani gejala buli yang semakin menular.

Pelajar kita bukan gengster
KUALA LUMPUR 5 Mac - Pelajar-pelajar di negara ini bukan gengster cuma nakal. Malah kes-kes disiplin membabitkan mereka sejak akhir-akhir ini langsung tidak berkaitan dengan gengsterisme.

Lantik guru lelaki jaga disiplin
KUALA LUMPUR 5 Mac - Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom mencadangkan supaya guru lelaki dilantik sebagai guru disiplin di sekolah seluruh negara dalam usaha membendung kes buli pelajar.

Wednesday, March 4, 2009

nik aziz tak mahu ulas lagi


Nik Aziz tidak mahu panjangkan isu penggunaan perkataan Allah
04/03/2009 11:41am
KOTA BAHARU 4 Mac. — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak mahu memanjangkan isu penggunaan perkataan Allah bagi agama lain kerana khuatir ia boleh mengelirukan rakyat dan umat Islam.
Mursyidul Am PAS itu berkata ini kerana beliau mempunyai pandangan berbeza dari sudut lain, manakala orang lain berpandangan dari sudut lain. “Bagi mengelakkan ia boleh mengelirukan orang ramai, lebih baik saya tidak ulas panjang tentang isu itu,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Melaka di sini, malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar yang mahu menteri besar itu memberi penjelasan lebih lanjut mengenai kenyataannya sebelum ini bahawa perkataan Allah boleh digunakan oleh semua agama, bagi mengelakkan kekeluruan umat Islam mengenai isu itu.
Nik Abdul Aziz sebelum ini dilapor sebagai menyifatkan tidak salah untuk orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah bagi merujuk kepada Tuhan.
Beliau dilaporkan berkata dalam al-Quran sendiri ada menceritakan bahawa orang bukan Islam telah menggunakan perkataan Allah sejak zaman berzaman lagi.
“Saya mempunyai pandangan berbeza dari sudut lain, manakala orang lain berpandangan lain dari sudut mereka faham. Bagi mengelak kekeliruan, baik saya tidak ulas panjang tentang isu itu,” kata Nik Abdul Aziz. — Bernama


...molek jugok Tok Guru dok banyok ulas....koho ulas,,,koho masuk Hospital Pengundi....silap-silap masuk wad icu dan ccu......

'Jenaka DO, RE, MI ' di Perak


Persidangan Tergempar DUN Perak yang mengingatkan rakyat kepada 'jenaka' Laksamana DO, Re, Mi adalah amat memalukan Demokrasi serta Sistem Raja Berperlembagaan yang sama-sama kita dokong dan menjadi tunjang kepada kestabilan negara selama ini. Semoga semua para pemimpin dan mendabik dada mahu memperjuangkan hak rakyat kembali , menginsafi cara mereka bertindak. Biarlah segala tindakan kita mengikut segala lunas undang-undang dan tidak bertindak hanya menggunkan emosi sahaja.
Kita hidup dalam kepelbagaian agama, kaum dan adat resam, kita baru merdeka 51 tahun dan telah dijajah selama 446 tahun, sama-samalah kita jaga kemerdekaan ini, jangan menepuk air ke dulang, pasti terperecik ke muka sendiri
Kepelbagaian adalah kekuatan kita dalam semua hal, tetapi, jika tak pandai guna, ia boleh mencetuskan tsunami perang yang amat merugikan. Kepada para pemimpin politik pembangkang , renunglah sejarah kekalahan Melaka yang dulunya kita telah hidup dengan kepelbagaian di pelabuhan Melaka samada Melayu, Cina dan India
Portugis telah memecahkan perpaduan kita dan Melaka kalah dan kini anasir-anasir luar sedang bergembira untuk melihat Malaysia hancur, lebur dan punah ranah kerana politik perkauman serta sikap bebal para pemimpin politik yang hanya tahu berucap berapi-api tetapi gagal menjalan kan amanah apabila mendapat kuasa.
Semoga Allah memelihara bumi Malaysia daripada segala malapetaka dan kita sentiasa di bawah rahmatnya.

Sunday, March 1, 2009

Pelan Peralihan Kuasa Seperti Ditetapkan

Pelan peralihan kuasa dilaksanakan seperti yang ditetapkan
01/03/2009 5:42pm
OLEH WAN NORAZAH WAN CHIK
HUA HIN, Thailand 1 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menegaskan bahawa pelan peralihan kuasa akan dilaksanakan seperti yang telah ditetapkan.
"Itu adalah pelan yang telah dibuat dan kita akan mengikut pelan tersebut," katanya pada sidang akhbar bersama wartawan antarabangsa selepas berakhirnya Sidang Kemuncak ASEAN ke-14 di sini, petang ini.
Abdullah berkata demikian ketika ditanya mengenai sama ada beliau akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak serentak dengan penyerahan Presiden UMNO pada akhir bulan ini.-Utusan
'Haji Hudud sangat bimbang dengan pelan peralihan kuasa ini kerana ia takut para Pemuda PAS akan mendesak beliau juga meletakkan jawatan sebagai Presiden PAS'...GUANE GAMOK Hj Hudud
.Para pemimpin UMNO tidak tamak kuasa seperti pemimpin Pas yg bertanding Pilihanraya 2 kerusi sorang..tak cukup elaun ADUN..elaun ahli Parlimen tibai.. duduk dalam PARLIMEN terkebil-kebil tengok Mr KARPAL bercakap....tunggulah dalam pilihanraya ke 13.,. akan 'karam' semua dengan kapal-kapal sekali

Friday, February 13, 2009

PILIHCALON YG SESUAI WAKILI BN


...Dengarlah rintihan dan nasihat Dato' Seri TAJOL...JIKA TIDAK....MASUK HOSPITAL PULOK CALON umno macam Kuala Terengganu!!!!!!
Jangan ulangi kesilapan pilih calon: Tajol Rosli

IPOH: Pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) diminta belajar daripada kesilapan pada pilihan raya umum lalu berhubung pemilihan calonnya untuk pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang 7 April ini. Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali, berkata dalam memilih bakal calonnya, pucuk pimpinan BN perlu menghormati kehendak penduduk tempatan. “Cuma saya berharap kepada pengundi di Bukit Gantang, siapa juga calon BN yang dipilih oleh pucuk pimpinan, kita kena hormat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini mengumumkan bahawa penamaan calon bagi kerusi itu akan diadakan pada 29 Mac, dan jika ada pertandingan, pengundian akan berlangsung pada 7 April. Kerusi itu kosong berikutan kematian penyandangnya, Roslan Shaharum, 50, daripada Pas pada 9 Februari lalu akibat serangan jantung. Tajol Rosli berkata, beliau yakin dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi BN Perak dan Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, BN akan mencapai kejayaan pada pilihan raya kecil itu.
Dalam satu sidang akhbar berasingan, Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz, berkata pergerakan itu tidak akan mendesak pucuk pimpinan Umno untuk memilih wakil daripada sayap itu sebagai calon BN di Bukit Gantang. “Kini bukan masanya untuk berebut jadi calon,” katanya. Rafidah berkata, Wanita Umno akan menerima sesiapa sahaja yang difikirkan sesuai oleh pucuk pimpinan parti sebagai calon BN di Bukit Gantang. “Pucuk pimpinan akan membuat penilaian yang terperinci dan akan memilih calon paling sesuai berdasarkan kepada pelbagai maklumat balas,” katanya. - Bernama

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!


Jangan Biadab - Titah Sultan Selangor
13/02/2009 7:20pm
KLANG 13 Feb. - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj hari ini melahirkan perasaan amat kecewa dengan apa yang baginda sifatkan sebagai gelagat biadab terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah berhubung pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini.
“Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan baru kerajaan negeri Perak baru-baru ini, yang sehingga membawa kepada gelagat biadab terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan Beta” titah baginda dalam satu kenyataan akhbar khas yang dikeluarkan dari


Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!








Keluar dari rumah MB bukan tanda mengalah - Nizar
13/02/2009 5:04pm

KUALA LUMPUR 13 Feb. - Keputusan untuk meninggalkan kediaman rasmi Menteri Besar serta menyerahkan kenderaan rasmi bukan petanda Pakatan Rakyat mengalah dan kecewa, kata Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.
Mohammad Nizar berkata, tindakan itu hanyalah semata-mata mematuhi arahan pejabat Setiausaha Kerajaan negeri Perak.
“Sedikit pun tidak dengan penyerahan ini, memudaratkan apa-apa tindakan yang kami buat sebelum ini termasuk ikhtiar untuk mendapatkan deklarasi daripada Mahkamah Tinggi. Tidak menjejaskan sama sekali.
“Ia bukan sebarang petanda apa-apa elemen bahawa kami menyerah, kami kecewa atau apa jua elemen yang kami ini mahu mengalah,” katanya di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini selepas memfailkan permohonan mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah. - Bernamastana Alam Shah di sini. - Bernama



" JENIS PEMIMPIN YG SUKA SANGGAH TUANKU , PUTAR BELIT SOKMO"

Thursday, February 12, 2009

nizar dok malu!

'Kahwin paksa' dalam Pakatan Rakyat tak berkekalan
12/02/2009 4:22pm
KOTA BHARU 12 Feb. — Ketidaksepakatan yang sudah terserlah antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat menandakan gabungan itu tidak mampu bertahan lama, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar.
Menurut beliau, gabungan itu dilihat semakin parah apabila tiga anggotanya terdiri PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat mulai mengkritik sesama sendiri secara terbuka.
“Kita dah nampak dari mula lagi, orang kahwin paksa ni takkan kekal lama.
“Mereka berpakat semata-mata kerana nak tubuh kerajaan dan nak memerintah sehingga sanggup menggadai prinsip dan perjuangan masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bangunan Asrama Oren Satu, Kolej Poly-Tech MARA, di kampus cawangannya, di sini hari ini.
Noh berkata dasar yang berbeza akan menyukarkan parti-parti pembangkang itu bertahan lebih lama dalam satu pakatan.
“Kita tak hairan kerana ketiga-tiga parti dalam pakatan ada prinsip dan perjuangan masing-masing, semuanya tak sama,” katanya.
'''nok kekal guane, jenis belakang pun nye sondol Bos'
Bekas MB Perak akan kosongkan kediaman rasmi, serah kenderaan
12/02/2009 9:27pm
IPOH 12 Feb. — Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini berkata, beliau akan menyerahkan kediaman dan kenderaan rasmi yang digunakan sejak awal tahun ini, dalam masa terdekat. - Bernama ( jenis muka dok tahu malu BOSSSSSSSSS!!!!!! JENIS PERASAN JADI MB

Wednesday, February 11, 2009

KELUAR! keluar! karpal dari MALAYSIA

DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!


hancur! hancur! ! hancur PAKATAN...JAHANAM! JAHANAM! ! JAHANAM PAKATAN

jahanam! JAHANAM! JAHANAM Karpal....KELUAR!!!!!!!!! KARPAL SINGH DARI MALAYSIA

hidup! hidup! hidup ! Hidup Barisan

..Sama-sama kita laungkan slogan ini sabagai tanda sokongan Tak berbelah bagi kepada DULI TUANKU


DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU

'MASIHKAH KAU INGAT..ANWAR RAJA LEBONG




..DAH 10 TAHUN RAKYAT DI TIPU DAN TERUS KENA TIPU OLEH ANWAR IBRAHIM...TAPI YG HERAN RAMAI ORANG PERCAYA!!!!!!

Anwar masih hidup selepas 10 tahun diracun Arsenik dan disuntik HIV !
Ingat lagi dakwaan Arsenik ? dan suntikan HIV ?




Anda tentu tidak dapat melupakan bagaimana dakwaan demi dakwaan semata mata ingin memburukkan kerajaan dibuat .. Bahkan isteri PakSheih , Wan Azizah juga ‘menari’ rentak yang sama dengan mengatakan kerajaan zalim dan jahat dengan membuat tindakan tidakberperikemanusiaan tersebut kepada Bang Nuar…Tetapi selepas disiasat dan disahkan doktor pakar, jawapan diterima ialah, Anwar tidak ada jangkitan apa apa. Ketika itu tahun 1998 dan kita berada di tahun 2008.. Sudah 10 tahun. Apa yang anda dapat lihat sekarang ? Anwar semakin galak dan sihat.. Mana pergi HIV nya ?? entahlah. Mungkin dah mengalir keluar dari badannya melalui saluran-saluran utamanya!Ia pergi dengan semua tidak menyedari bahawa HIV dakwaan beliau adalah penipuan Maha Besar kepada kerajaan….Akibatnya nama negara terjejas dan kredibiliti kerajaan telah rosak sangat teruk.Jika benar HIV disuntik tentu Anwar sudah di dalam tanah dikafankan dan dipanggil Allahyarham ! Begitu juga berlori lori fail sulit dan rahsia juga tinggal gertakan yang tiada tindakan serius ke arahnya. Mungkin ia senjata sulit yang ‘malu’ untuk didedahkan kerana takut ‘kemaluan’ lain akan terdedah sama.

Komen:


Tuduhan tetap tinggal tuduhan. Dan yang didakwa kena Arsenik dan HIV sudah sihat dan sibuk menyusun strategi merosakkan bangsa dan mematikan penyokongnya yang dahulu berhempas-pulas membantu menaikan namanya. Inilah dia Anwar selepas sembuh secara misteri daripada Arsenik dan HIV. Tetapi yang pastinya sekarang, kesemua penyokongnya yang satu masa dahulu sebelum PRU-12 berhempas pulas menyebarkan manifesto partinya akan pasti diracuni Arsenik buatannya untuk memudahkan lagi proses menghapuskan mereka yang sekarang menunggu segala janji-janji manisnya sebelum PRU-12. Jadi sekarang fikir-fikirkanlah lagi ye.

Saturday, February 7, 2009

ingat!!!!!!SIAPA MENABUR ANGIN ,PASTI AKAN MENUAI BADAI

Exco Pakatan teruskan tugas sehingga mahkamah buat keputusan
07/02/2009 5:29pm
IPOH 7 Feb. - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang masih menganggap menjawat jawatan Menteri Besar, berkata barisan exco Pakatan Rakyat akan meneruskan tugas seperti biasa sehingga Mahkamah Tinggi memutuskan kedudukan kerajaan negeri itu.
Mohammad Nizar yang mempengerusikan mesyuarat khas exco di kediaman rasmi Menteri Besar Perak berkata Pakatan Rakyat menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan sama ada kerajaan negeri yang ada sekarang sah atau sebaliknya.
“Jadi kita serah sebulat-bulatnya kepada mahkamah untuk menentukan. Kalau mereka teruskan (angkat sumpah exco kerajaan negeri Barisan Nasional) sebelum mahkamah bersidang, maknanya kita akan ada dua menteri besar dan dua kerajaan.
Belum pernah ada dalam dunia begini,” katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di sini hari ini. - Bernama



..beginilah jadinya BILA HATI MATI, BILA MATA BUTA...TITAH SULTAN TERUS-TERUSAN DISANGGAH...JIKA ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA PUAK-PUAK NI DAN DI USIR DARI TANAH AIR MALAYSIA...APA NI..LANGSUNG TAK DENGAR KATA...SIAPA YANG MENGAJAR MEREKA MENJADI BEGITU BIADAP DENGAN TUANKU...GUNA NAMA RAKYAT SEWENANG-WENANGNYA...KONONNYA KERAJAAN RAKYAT.. JIKA .KERAJAAN RAKYAT PATUHLAH KEPADA DULI TUANKU..BUKAN TERUS ENGKAR DENGAN PERINTAH DI RAJA....


..PATUHILAH Undang-undang sebelum orang lain juga hilang sabar...


DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

JANGAN HILANG KEWARASAN


HILANG KEWARASAN
BEBERAPA penyokong pembangkang bertindak nekad berbaring di tengah jalan sambil memegang bendera menghalang kereta peronda polis yang mengiringi kenderaan Raja Muda Perak di belakang berhampiran Istana Iskandariah, Perak, semalam. –UTUSAN/MOHD NAJIB MOHD NOR
Akibat terlalu taksub dengan dakyah kepimpinan politik, segelintir rakyat Perak semalam bertindak di luar batasan termasuk sanggup berbaring di jalan raya semata-mata mahu menghalang kenderaan yang dinaiki oleh Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.
Tindakan itu menyebabkan kenderaan baginda yang dalam perjalanan ke majlis mengangkat sumpah Menteri Besar Perak baru, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir di Balai Istiadat Istana
Iskandariah, Perak terlewat tiba pada majlis tersebut. Dipetik drp UM


..'Jangan gunakan emosi untuk selesaikan masalah, gunakan DEMOKRASI 4 tahun akan datang.....parti Pembangkang hanya tahu bangkitkan semangat rakyat MARHAIN dan bersyarah tidak mengira masa...bersyarahlah di Perak seperti PAS Terengganu bersyarah semasa memerintah Terengganu selama 4 tahun...'





Nizar nafi nak saman sultan
IPOH 6 Feb. - Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) hari ini menafikan sekeras-kerasnya laporan bahawa beliau akan memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Mohammad Nizar berkata, tidak pernah terniat langsung di hatinya untuk menyaman Sultan Azlan sebaliknya mendakwa apa yang dilaporkan itu adalah satu fitnah daripada media UMNO dan Barisan Nasional (BN).
''Saya hendak nyatakan saya menafikan sekeras-kerasnya niat untuk menyaman Tuanku. Ini satu pembohongan besar, satu fitnah daripada BN khususnya UMNO.
''Di dunia akhirat saya akan tuntut kerana tidak ada langsung dalam hati saya terniat untuk menyaman atau ambil tindakan terhadap Tuanku," katanya pada satu sidang akhbar khas di kediaman rasmi Menteri Besar di sini hari ini.
Dalam satu sidang akhbar yang dibuat oleh Karpal Singh di Kuala Lumpur, Mohammad Nizar dilaporkan akan memfailkan saman terhadap Sultan Perak di Mahkamah Tinggi Ipoh pada Selasa ini kerana mendakwa Tuanku bertindak melampaui bidang kuasanya untuk mengisytiharkan kerajaan pakatan pembangkang di negeri ini sebagai tidak sah.
Karpal berkata, di dalam saman tersebut, Sultan Perak akan dinamakan sebagai defendan pertama dan kerajaan negeri BN di negeri ini sebagai defendan kedua.
Menurut Mohammad Nizar, beliau sebenarnya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Besar yang baru mengangkat sumpah, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir yang didakwa beliau sebagai Menteri Besar tidak sah.
Katanya, saman tersebut akan difailkan melalui peguam Raja Aziz Addruse di Mahkamah Tinggi Ipoh seawal-awalnya petang ini atau selewat-lewatnya Selasa ini.
''Saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Besar haram kerana apa yg dibuat oleh BN khususnya UMNO telah merampas hak rakyat. Di petik drp UM


'baguslah jika tak jadi saman Tuanku, mohon mengadap dan pohon Ampun Duli Tuanku..kan Tuan Sheikh Orang baik lagi berpendidikan . ada IR lagi..jangan ikut nasihat mereka yang hanya menggunakan emosional..gunakan rasional Saudara.....semoga Selamat dunia akhirat

Friday, February 6, 2009

TAHNIAH ZAMRY! CUKUPLAH NIZAR!

Tahniah! Tahniah! Tahniah!...ALLAH TELAH TENTUKAN ANTA SEBAGAI YAB MB PEROK YANG BARU...BUATLAH KERJA DENGAN BAIK DAN SEMAIKAN BAKTI KEPADA SEMUA RAKYAT... TANPA MENGIRA PARTI.....ANTA JADILAH PEMIMPIN YANG BAIK SHEIKH....
Dr. Zambry angkat sumpah sebagai MB ke-11
06/02/2009 4:13pm
KUALA KANGSAR 6 Feb. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, 47, baharu sahaja selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-11 di hadapan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Balai Istiadat



..ini perangai manusia BIADAB dan Cuba mengerat Tiang ,mengoyak layar dan cuba mengubah Haluan Kemudi Negara yang selama ini hidup aman dan tenteram.. sebagai rakyat Malaysia anda kena patuh kpd Undang2 dan peraturan.....dulu pemimpin anda yg pernah di tampuk kuasa sbgai TPM PERNAH BERKATA......negara ini sebuah negara berundang.....kena batang hidung ..mana pergi undang2 yg didokong? mana pergi? mana pergi undang2 itu ya Pak sheikh Nuar AL Lebong wal Jenin???????


Penunjuk perasaan enggan beredar
06/02/2009 4:32pm
KUALA KANGSAR 6 Feb. – Sebahagian besar penunjuk perasaan yang berhimpun di pekarangan Masjid Ubudiah masih enggan bersurai walaupun diarahkan berbuat demikian oleh salah seorang ahli jawatankuasa Pas Perak.
Sebahagian besar daripada mereka masih berkumpul di kawasan itu sambil melaungkan protes terhadap majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak di Istana Iskandariah. - Utusandat Istana Iskandariah, di sini. - Utusan




Mohammad Nizar akan saman Sultan Perak
06/02/2009 12:51pm
KUALA LUMPUR 6 Feb. - Bekas Menteri Besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin akan memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Mahkamah Tinggi Ipoh pada Selasa ini.
Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, langkah itu akan dilakukan berikutan Sultan Perak bertindak melampaui bidang kuasanya untuk mengisytiharkan kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu sebagai tidak sah.
Pada sidang akhbar di pejabatnya di sini Karpal berkata, di dalam saman tersebut Sultan Perak akan dinamakan sebagai defendan pertama dan kerajaan negeri Barisan Nasional yang baru di negeri itu sebagai defendan kedua. - Utusan
.'.cukuplah sdr Nizar Camry...anda telah ditentukan Allah untuk turun di puncak kuasa....malam ini anda bangun tunaikan TAHAJUD 2 rakaat, minta petunjuk ALLAH , bukan terus-terusan cuba berpatah arang berkerat rotan dengan DULI TUANKU Yang menjadi PAYUNG PERLINDUNGAN kepada rakyat....'
DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

PATIK MOHON DERHAKA -NIZAR



Patik mohon derhaka – Nizar
Mohammad Nizar Jamaluddin enggan melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Perak dengan alasan masih menyandangnya secara sah mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.
“Saya dengan rendah hati mohon derhaka dengan berkata kepada baginda ’patik sebagai MB dan pemimpin kerajaan, mohon tidak letak jawatan’.
Akan meneruskan tugasnya seperti biasa dan akan masuk pejabatnya hari ini.
Kerajaan negeri bersama pemimpin kerajaan campuran pembangkang akan memohon untuk menghadap Sultan Azlan Shah untuk merayu agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan
. (dipetik drp UM)
WOW!!!WOW!!!WOww!! Kalau pemimpin Pakatan buat, semua tak apa, jelas DERHAKA! JELAS DERHAKA! TAK APA, AWAK KITA!..
ANWAR, HJ HADI TETAP BELA........BUAT MALU ORANG MELAYU SAHAJA KEDUA-DUA PEMIMPIN INI!!!!!!!!!!
TOLAH ANWAR!!!! TOLAK HADI!!!!!TOLAK PAKATAN!!!TOLAK KIT SIANG!!!!TOLAK PEMBANGKANG!!!!!
JIKA KENA KEPADA BN...ANWAR AKAN ROADSHOW SATU MALAYSIA BANGKITKAN SEMANGAT RAKYAT MARHAIN INI....SEKARANG KENA BATANG HIDUNG SENDIRI....PADAN MUKA!!!!!!! PERCAYALAH NUAR INI KIFARAT ALLAH ATAS KAMU MEMBOHONGI RAKYAT!!!!!!!!!
!!!raja lebong kena sengat Penampar Sang Hanuman" rasalah !!!!!!!rasalah!!!bejelur nampak tu!